Loloq: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Menambah kotak info.
Baris 35:
Pada waktu itu, beliau yang merupakan seorang penganggur dengan beraninya memujuk M.Nasir dan Amy menggunakan lirik ciptaannya untuk dimuatkan ke dalam album mereka.
 
Sejak tahun 1990, Allahyarham menjadi penulis lirik eksklusif di syarikat rakaman Luncai Emas milik M. Nasir dan telah menghasilkan sehingga 500 buah lirik lagu. Antara lirik lagu beliau yang pernah popular ialah Di Ambang Wati (Wings), Nur Nilam Sari (Awie & Search), Laila Namamu Teratas ( Search ), Gemuruh (Search & Wings), Mantera Semerah Padi (M . Nasir), Kita Peng - Yu ( XPDC ) Ratu Sanubari (Saleem) Aladin 'Gosok' (Spider) dan banyak lagi. Beliau pernah mendapat Anugerah Khas dalam Anugerah Planet Muzik 2007 di tanah kelahirannya atas sumbangan beliau yang berjasa dalam industri seni.
 
Selain hebat menulis seni kata lagu, Loloq juga dilihat hebat dalam bakat lakonannya. Antara filem yang pernah dibintanginya seperti Sara Embun, [[Lang Buana]], [[Zombi Kampung Pisang]] dan [[Man Laksa]] dan pernah membintangi sebuah telemovie "Orang Kasar" turut berlakon bersama Eman Manan. Beliau juga pernah beraksi di pentas teater suatu masa dulu dalam persembahan teater Bukit Kepong arahan Othman Ghani dan drama sitcom [[Awie]] Record.
 
Semasa hayatnya beliau pernah dikurniakan beberapa anugerah seperti penulis lirik terunggul dan menerima royalti tertinggi daripada Badan Perlindungan Hak Cipta Karyawan Muzik Malaysia Berhad (MACP) ke-11 menerusi lagu Dewa Dewi nyanyian kumpulan [[Kumpulan Spider|Spider]] menjulang namanya sebagai Penulis Lirik Terunggul lima tahun berturut-turut.{{fakta}}