Sesudah Suboh: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Azizah Sofia telah memindahkan laman Sesudah Suboh ke Filem Sesudah Suboh melalui lencongan
Baris 31:
Kisah kehidupan sebuah keluarga yang terdiri daripada Ariffin Mahmud ([[P. Ramlee]]), isterinya Salmi ([[Khatijah Hashim]]), dan dua orang anak mereka, Salim ([[Ed Osmera]]) dan Salmiah ([[Juliana Ibrahim]]). Ariffin memiliki sebuah kedai buku dan majalah sering bekerja hingga lewat malam kerana kurang senang berada di rumah. Isterinya Salmi pula amat sibuk dengan dengan kerja-kerja kebajikan dan merupakan ketua bagi Persatuan Wanita. Anak-anak mereka pula, Salim dan Salmiah asyik berpeleseran dengan teman dan pasangan masing-masing tanpa mempedulikan ayahnya sendiri.
 
Pada suatu hari, Ariffin telah berkenalan dengan seorang wanita bernama Alice ([[Veera Wee]]) yang datang meminta pertolongan untuk membaiki keretanya yang kebetulan rosak berhampiran dengan rumah Ariffin. Tingkah laku Alice yang begitu baik telah menarik hati Ariffin terhadapnya. Sejak dari itu mereka sering berhubungan dan keluar bersama-sama. Ketika Ariffin dan Alice pergi bercuti di Port Dickson, Salim yang juga berada di sana bersama kawan-kawannya telah ternampak ayahnya Ariffin sedang berpegangan tangan dengan Alice di tepi pantai. Salim yang begitu marah bergegas pulang ke rumah untuk memberitahu kepada ibunya. Ibunya tidak dapat berbuat apa-apa dan menyangkakan bahawa Ariffin sudah berasa bosan untuk hidup bersama di dalam keluarga ini. Apabila Ariffin pulang ke rumah, dia telah dimarahi dan dikasari oleh Salim, ini menyebabkan Ariffin mulai hilang sabar lalu terus menampar muka Salim. Ekoran dari pergeseran ini, Ariffin telah mengambil keputusan untuk menjual kedai bukunya kepada Allan ([[Hoon Thye Chong]]) dengan harga RM 50,000.00 dan di bayar dengan sekeping cek. Ariffin memaklumkan kepada ahli keluarganya bahawa dia akan berkahwin dengan Alice oleh kerana ibu mereka tidak mempedulikannya termasuk kedua-dua orang anak-anaknya yang telah menderhaka kepadanya. Pada ketika itu, Ariffin memberitahu siapa dirinya yang sebenar. Dia sebenarnya adalah anak kepada seorang usahawan terkenal iaitu Datuk Mahmud, kehidupannya berubah sama sekali selepas dia berkahwin dengan Salmi. Salmi pada ketika merupakan perempuan simpanan kepada ayahnya. Ekoran dari perkahwinan tersebut, ayahnya telah mengusir Ariffin dan Salmi kerana telah menjatuhkan air mukanymukanya. Disebabkan itulah, kehidupannya seperti seorang yang miskin dan sederhana sahaja. Selepas mendengar penjelasan tersebut, semua ahli keluarganya mulai sedar akan kesilapan mereka selama ini, namun Ariffin tetap mahu meninggalkan rumah dan mengikut Alice ke Sabah untuk memulakan kehidupan yang baharu.
 
Ariffin kemudiannya terus berangkat ke Lapangan Terbang Subang, Selangor tanpa mengetahui keadaan sebenar yang akan menantinya di sana, sesuatu yang bakal mengubah hidupnya. Alice dengan sengaja tidak membelikan tiket untuk Ariffin. Dengan itu, dia berasa amat terkejut dan kecewa kerana diperlakukan seperti itu. Tanpa disangka-sangka, Allan telah mengekori pergerakan Ariffin dan Alice. Dia memperkenalkan diri dan memberitahu yang Alice adalah isterinya dan dia membayar semula harga kedai buku kepada Ariffin dan menyerahkan lagi RM 40,000.00 duit wasiat kepada Ariffin sebagai pemegang amanah selepas bapa Ariffin meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. Keluarga Ariffin akhirnya sempat juga tiba di lapangan terbang dan terus memujuk Ariffin untuk pulang ke rumah semula. Kehidupan Ariffin dan keluarganya kembali aman dan sentosa.