Final Fantasy XV: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hezery99 (bincang | sumb.)
Hezery99 (bincang | sumb.)
→‎Plot: Sambung esok
Baris 70:
 
===Plot===
Di Lucis, Putera Noctis dan sahabatnya Gladiolus, Ignis, and Prompto sedang dalam perjalanan ke ibu negara Accordo, Altissia, di mana Noctis akan melangsungkan perkahwinan dengan Lunafreya.<ref name="FFXVCHAP1"/> Sepanjang perjalanan, mereka menerima berita serangan Niflheim terhadap bandar raya Insomnia dan kecurian Kristal, serta berita Raja Regis telah dibunuh.<ref>{{cite video game|level=''Chapter 1: Departure''|title=Final Fantasy XV |developer=Square Enix |publisher=Square Enix |date=November 29, 2016 |platform=PlayStation 4, Xbox One|quote='''Ignis''': There was an attack. The imperial army has taken the Crown City. / '''Gladiolus''': "As treaty room tempers flared, blasts lit the night sky. When the smoke about the Citadel had cleared, the king was found...dead."}}</ref><ref>{{cite video game|level=''Chapter 1: Departure''|title=Final Fantasy XV |developer=Square Enix |publisher=Square Enix |date=November 29, 2016 |platform=PlayStation 4, Xbox One|quote='''Noctis''': The news just told me I'm dead--along with my father and Luna. / '''Cor''': About the king...it's true.}}</ref> Mereka bertemu komander Crownsguard, Cor Leonis, yang menugaskan Noctis untuk mengumpul senjata diraja Lucii—raja-raja purba Lucis—untuk menyelamatkan Kristal dan menuntut kembali takhtanya. Kumpulannya terserempak dengan canselor Niflheim, Ardyn Izunia, yang menunjuk arah mereka ke Astral Titan di Disc of Cauthess. Selepas dia memenuhi ujian daripada Titan dan melawan gerombolan askar imperial yang menyerang Astral, Noctis mendapat tahu bahawa Lunafreya telah memujuk Titan untuk meminjamkan kuasanya. Mereka terus mengembara di serata Lucis, mengumpulkan senjata pusaka Noctis dan bertemu dengan Astral Ramuh dengan bantuan Gentiana, roh pembantu Lunafreya.{{refn|name=ep gladio|group=N|It is at this point that the events of ''[[Final Fantasy XV#Episode Gladiolus|Episode Gladiolus]]'' take place.}} Sepanjang perjalanan mereka, mereka mendapati waktu siang semakin pendek, disusuli peningkatan bilangan Syaitan. Fenomena tersebut merupakan sebahagian daripada kesan wabak Starscourge, yang mana jika dibiarkan, akan menyebabkan Eos terperangkap dalam kegelapan kekal dan dikuasai Syaitan yang bermaharajalela.
 
Kumpulan Noctis akhirnya tiba di Altissia, di mana Lunafreya berlindung. Lunafreya membangkitkan Astral Leviathan supaya Noctis dapat meminjam kuasanya, tetapi Leviathan mengamuk apabila tentera Niflheim datang menyerang. Ardyn mendedahkan wajah sebenar dengan mencederakan Lunafreya sehingga nazak, mengganggu upacara tersebut; namun, dia berjaya membangkitkan kuasa Noctis, membolehkannya mengalahkan Leviathan.{{refn|name=ep ignis|group=N|It is at this point that the events of ''[[Final Fantasy XV#Episode Ignis|Episode Ignis]]'' take place.}} Semasa Noctis tidak sedarkan diri, dalam mimpinya dia didatangi roh Lunafreya, yang memberikannya Cincin Lucii. Noctis bangun dan mendapati Altissia sedang kucar-kacir, manakala Ignis menjadi buta semasa pertarungan. Kumpulannya meneruskan perjalanan ke ibu negara Niflheim, Gralea dengan menaiki kereta api; sementara Ignis menjadi buta dand Noctis terus bersedih atas kematian Lunafreya menyebabkan berlaku persengketaan antara Noctis dengan Gladiolus sehinggalah Ignis memaksa mereka berdamai. Ardyn memperdayakan Noctis sehingga menyebabkan dia tidak sengaja menghumban Prompto daripada kereta api,{{refn|name=ep prompto|group=N|It is at this point that the events of ''[[Final Fantasy XV#Episode Prompto|Episode Prompto]]'' take place.}} dan mwmbawa lari Prompto dan Kristal ke kubu utama Gralea, mendedahkan bahawa kuasa Kristal boleh memusnahkan Syaitan. Noctis meneruskan perjalanan ke Gralea—menerima restu Astral Shiva daripada Gentiana, yang mendedahkan dirinya sebagai bentuk manusia bagi Shiva—di mana kumpulannya mendapati bandar raya tersebut sudah dikuasai oleh Syaitan-syaitan milik Ardyn. Kuasa Noctis disekat, memaksanya untuk menggunakan Cincin Lucii. Selepas menyelamatkan Prompto, yang mendedahkan dirinya berasal dari Niflheim,<ref>{{cite video game|level=''Chapter 13: Redemption''|title=Final Fantasy XV |developer=Square Enix |publisher=Square Enix |date=November 29, 2016 |platform=PlayStation 4, Xbox One|quote='''Prompto''': So, MTs... They've got those codeprints...just like I do. / '''Noctis''': Do they? Never looked. / '''Prompto''': Yeah... So, as it turns out, I'm one of them.}}</ref> kumpulannya terus berlawan menerusi kubu tersebut, bertemu dengan abang Lunafreya, Ravus dan maharaja Niflheim, Iedolas Aldercapt, yang mana kedua-duanya ditukarkan menjadi Syaitan oleh Ardyn.