Putus Sudah Kaseh Sayang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 29:
 
==Sinopsis==
Mengisahkan Che' Rostam ([[P. Ramlee]]) bekerja sebagai pengurus bank. Beliau mempunyai seorang isteri bernama Rosmah ([[Mariani]]) dan anak remaja lelaki bernamayang masih remaja, Rostam (BobBab Mustaffa). Rosmah menghidap penyakit lumpuh dan cumamampu bergerak sekitar dalam rumah menggunakan kerusi roda. Rostam yang sering kesunyian menanggung seksa batin di rumah, sering menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan oleh kawan-kawannya. Sementara itu, anaknya Rosman pula sering membuang masa berlegar-legar di pusat hiburan terutama sekali di sebuah kedai minuman tempat kerja Lisda ([[Latifah Omar]]) yang bekerja sebagai seorang pelayan kelab malam. LisdarLisda adalah seorang janda yang mempunyai seorang anak perempuan yang dipelihara oleh neneknya di kampungnya di Pahang. Di tempat kerja Lisda, ramai pengunjung yang meminatinya tetapi tidak dilayan termasuk Rosman. Pada suatu malam, Rostam telah berkenalan dengan Lisda di sebuah majlis jamuan rakannya. Oleh kerana terlalu banyak meminum minuman keras, Rostam telah mabuk dan Lisda membawanyamembawa bermalam di rumah flatnya. Sementara itu Rosmah sungguh bimbang kerana Rostam tidak pernah tidak pulang atau bermalam di tempat lain selama 21 tahun mereka mendirikan rumah tangga. Keesokan harinya, apabila Rostam pulang dia telah berbohong dengan isterinya dengan pelbagai alasan, namun diterima oleh Rosmah. Lisda pula mula berasa kurang senang apabila diajak mengadakan hubungan seks dengannya namun ditolak oleh Lisda. Apabila pulang ke rumahnya, Rostam pula berada disitu dan akibat marah pada Rosman, maka kemarahannya pula dilepaskan kepada Rostam. Sebaik sahaja Rostam beredar dan ditegur oleh pembantu rumahnya, Lisda mula menyedari kesilapannya lalu dia menemui Rostam dipejabat keesokkan harinya. Dari situ, bermulalah episod percintaan antara mereka berdua. Percintaan Rostam dan Lisda mula diketahui Rosmah apabila dia menjumpai gambar Lisda didalam beg kerja suaminya lantas menyuruh orang gajinya memanggil Lisda datang ke rumahnya. Perasaan Rosmah semakin tertekan apabila Lisda menceritakan bahawa selain suaminya, anaknya Rosman juga menyimpan perasaan kepadanya. Setelah berfikir, Rosmah akhirnya mengalah agar Rostam mengahwini Lisda bagi mengelakkan Rosman juga menyintai wanita yang sama.
 
Perkahwinan Rostam dan Lisda akhirnya diketahui Rosman dan akibat tidak dapat menerima kenyataan bahawa Lisda menjadi ibu tirinya, Rosman hilang akal dan terjadinya pergaduhan antara dua beranak sebaik sahaja Rostam pulang dari kerja. Ketika Rostam hampir-hampir hendak membunuh Rosman, Rosmah terjatuh dari tangga, menyebabkannya terbunuh. Sebelum kematiannya dipangkuan Rostam, dia sempat berpesan kepada Rostam agar tidak memutuskan ikatan kekeluargaan dengan Rosman. Kerana mempercayai fitnah yang dilemparkan Rosman kepada Lisda, Rostam terpaksa menceraikan Lisda. Sejak kejadian itu, hubungan antara Rostam dan Rosman mula dingin apabila mereka berdua tidak bertegur sapa sebaik sahaja bertemu. Rosman akhirnya mengakui perbuatannya dan mula memujuk Lisda agar kembali ke pangkuan ayahnya, namun ditolak dengan mengatakan hanya ayahnya sahaja yang boleh memujuknya kembali. Sementara Rosman sedang memujuk Rostam agar mengambil kembali ibu tirinya, Mokhtar (Hashim Tovey) yang turut menyimpan perasaan terhadap Lisda cuba membunuh Lisda dengan melanggarnya dengan kereta setelah mengetahui Lisda telah berkahwin namun gagal setelah polis bertindak menghalang dan menangkap Mokhtar. Semasa dihospital, Rostam berjumpa dengan ibu Lisda dan anak Lisda di wad tempat Lisda dirawat. Lisda berpesan kepada Rostam agar menjaga ibu dan anaknya sekiranya dia meninggal dunia dan mengambil kembali sekiranya Lisda masih hidup. Lisda akhirnya meninggal dunia sebaik sahaja Rostam membacakan surah ''Yasin'' untuknya.
 
==Pelakon==