Hidrogen cecair: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Asas rencana
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 08:16, 19 Januari 2018

Hidrogen cecair (atau cecair hirogen, disingkatkan sebagai LH2 atau LH2) ialah unsur hidrogen yang berkeadaan cecair. Unsur ini ditemui secara semulajadinya dalam bentuk molekul H2.

Hidrogen cecair
Nama
Nama IUPAC
Liquid hydrogen
Nama lain
Hidrogen (cecair kriogen); hidrogen, cecair disejukkan; LH2, para-hidrogen
Pengecam
Imej model 3D Jmol
ChEBI
ChemSpider
KEGG
Nombor RTECS
  • MW8900000
UNII
Nombor PBB 1966
  • InChI=1S/H2/h1H ☑Y
    Key: UFHFLCQGNIYNRP-UHFFFAOYSA-N ☑Y
  • InChI=1/H2/h1H
  • [H][H]
Sifat
H2
Jisim molar 2.02 g·mol−1
Rupa bentuk Cecair tidak berwarna
Ketumpatan 70.85 g/L (4.423 lb/ka3)[1]
Takat lebur −259.14 °C (14.01 K; −434.45 °F)[2]
Takat didih −252.87 °C (20.28 K; −423.17 °F)[2]
Bahaya
Pengelasan EU {{{value}}}
NFPA 704 (berlian api)
571 °C (1,060 °F; 844 K)[2]
Had letupan LEL 4.0%; UEL 74.2% (in air)[2]
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa).
 ☑Y pengesahan (apa yang perlu☑Y/N?)
Rujukan kotak info

H2 disejukkan bawah titik genting hidrogen pada 33 K agar unsur tersebut dapat wujud dalam bentuk cecair, namun ia jharus disejukkan sehingga 20.28 K[3] (−423.17 °F/−252.87 °C)[4]untuk mencapai keadaan cecair yang penuh tanpa kecenderungannya mendidih pada tekanan atmosfera. Satu cara biasa memperoleh cecair hidrogen ini ialah melalui suatu pemampat yang mirip enjin jet dari segi fungsi dan reka bentuknya. Cecair ini secara umunya digunakan sebagai penyimpanan hidrogen berkepekatan tinggi. Penyimpanan hidrogen mengambil ruang yang lebih kecil dalam bentuk cecairnya berbanding bentuk gasnya pada suhu dan tekanan yang biasa, sepertimana gas-gas lain; namun ketumpatan cecairnya sangat rendah berbanding bahan-bahan api biasa yang lain. Apabila gas hidrogen ini telah dicecairkan, ia boleh disimpan dalam bentuk cecairnya dalam bekas yang berpenebat haba dan bertekanan tinggi.

Sifat

Pembakaran cecair ini dengan adanya oksigen menghasilkan wap air yang boleh disejukkan bersama baki cecair hidrogen tersebut. Hidrogen cecair juga mempunyai tenaga tertentu yang lebih tinggi berbanding gasolin, gas asli atau diesel.[5]

Ketumpatan hidrogen cecair hanyalah sebanyak 70.99 g/L (pada 20 K) iaitu ketmupatan relatif sebanyak 0.07 sahaja. Meskipun tenaga tertentunya dikira sekitar dua kali bahan-bahan api lain, nilai tenaga tersebut memberikannya ketumpatan tenaga yang berisipadu begitu rendah.

Takat ganda tiga hydrogen ialah pada 13.81 K[3] 7.042 kPa.[6]

Kegunaan

Cecair hidrogen merupakan bahan api roket cecair yang umum untuk kegunaan sains roket. Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan dan Tentera Udara Amerika Syarikat masing-masing memiliki banyak stok simpanan cecair ini dengan keupayaan storan sebanyak 3.8 juta liter atau 1 juta galon Amerika) setiap tangki.[7]

Rujukan

  1. ^ Thermophysical Properties of Hydrogen , nist.gov, accessed 2012-09-14
  2. ^ a b c d Information specific to liquid hydrogen Diarkibkan 2009-07-17 di Wayback Machine, harvard.edu, accessed 2009-06-12
  3. ^ a b IPTS-1968, iupac.org, Dicapai pada 12 Jun 2009
  4. ^ Properties Of Gases. Roymech.co.uk. Dicapai pada 28 Ogos 2011.
  5. ^ Hydrogen As an Alternative Fuel Diarkibkan 8 Ogos 2008 di Wayback Machine. Almc.army.mil. Retrieved on 28 Ogos 2011.
  6. ^ Cengel, Yunus A. and Turner, Robert H. (2004). Fundamentals of thermal-fluid sciences, McGraw-Hill, m/s. 78, ISBN 0-07-297675-6
  7. ^ Flynn, Thomas (2004). Cryogenic Engineering, Second Edition, Revised and Expanded. CRC Press. m/s. 401. ISBN 978-0-203-02699-1.