Final Fantasy XV: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hezery99 (bincang | sumb.)
→‎Plot: Sambung esok
Hezery99 (bincang | sumb.)
Edisi Diraja
Baris 37:
''Final Fantasy XV'' bertempat di dunia fiksyen Eos. Kesemua negara di dunia, kecuali kerajaan Lucis, telah dijajah oleh empayar Niflheim. Noctis Lucis Caelum, putera mahkota Lucis, menjalani pencarian untuk menuntut semula tanah airnya dan Kristal magiknya setelah ia dirampas oleh Niflheim pada malam perjanjian damai antara dua negara. Namun demikian, dia mendapati bahawa Kristal tersebut terletak di tengah-tengah ancaman yang lebih hebat kepada Eos, dan peranannya sebagai bakal raja merupakan kunci kepada usaha pencegahan kemusnahan dunia. Permainan ini berkongsi tema dengan ''[[Fabula Nova Crystallis Final Fantasy]]'', satu subsiri permainan yang dihubungkan oleh satu mitos sama termasuklah ''[[Final Fantasy XIII]]'' dan ''[[Final Fantasy Type-0]]''.
 
Pembangunan permainan ini bermula pada tahun 2006 sebagai judul sampingan [[PlayStation 3]] bertajuk '''''Final Fantasy Versus XIII'''''. [[Tetsuya Nomura]] bertindak sebagai pengarah dan pereka watak asal, merekabentuk watak-watak dan konsep keseluruhan. Selepas enam tahun pembangunannya, ia secara rasmi dijenamakan semula sebagai judul utama seterusnya pada tahun 2012, dengan Nomura digantikan sebagai pengarah oleh [[Hajime Tabata]], yang mana pembangunannya berhijrah kepada pelantar generasi kelapan. Untuk memperkembangkan ceritanya tanpa perlu membangunkan permainan tambahan, satu projek multimedia dipanggil "''Final Fantasy XV'' Universe" direka: produknya merangkumi dua permainan bimbit, satu [[Brotherhood: Final Fantasy XV|siri anime]], satu [[Kingsglaive: Final Fantasy XV|filem penampilan]], dan satu [[Monster of the Deep: Final Fantasy XV|permainan berasaskan realiti maya]]. Semasa dilancarkan, ''Final Fantasy XV'' mendapat penerimaan yang sangat menggalakkan bagi gaya permainan, watak, emosi dan visual. Setakat Januari 2018, permainan ini telah terjual sebanyak 7 juta unit di seluruh dunia. Versi permainan yang dikemaskini berjudul '''''Final Fantasy XV: Royal Edition'' (Edisi Diraja)''' dengan kesemua kemas kini terdahulu dan kandungan tambahan telah diumumkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One dan dijadualkan akan dilancarkan bersama-sama edisi PC pada awal 2018.<ref name="7m"/>
 
==Gaya permainan==