Muhammad Haji Muhd Taib: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pembaharuan.
Baris 27:
'''[[Darjah kebesaran Melayu|Tan Sri]] Muhammad bin Haji Muhammad Taib''' (dikenali dengan gelaran '''Mat Taib''') ialah bekas [[Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia|Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah]] dan juga bekas Menteri Besar Selangor. Pada [[Perhimpunan Agung UMNO 2009]], beliau dipilih menjadi calon [[Timbalan Presiden UMNO]] tetapi tewas kepada [[Tan Sri Muhyiddin Yassin]]. Di peringkat akar umbi, beliau masih lagi ketua UMNO bahagian [[Kelana Jaya]].
 
==LatarbelakangLatar belakang==
===Peribadi===
Beliau lahir di Kampung Sungai Manggis, Kuala [[Kalumpang]], [[Hulu Selangor]], [[Selangor]] pada [[29 Julai]] [[1945]]. Beliau pernah mengajar di SMK [[Kuala Kubu Baru]], [[Selangor]]. Beliau melanjutkan pelajaran beliau di [[Universiti Malaya]]. Beliau telah berkahwin dengan Puan Sri [[Asbi Rohani Asnan]]. Beliau juga berkahwin tetapi kemudiannya bercerai dengan Tengku Puteri Zahariah binti Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (Kuyah) yang juga merupakan puteri almarhum [[Sultan Selangor]], [[Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah]].
 
===Politik===
Beliau pernah menjadi [[Menteri Besar Selangor]] dari [[1986]] hingga [[1997]]. Beliau menjadi [[Ahli Dewan Undangan Negeri]] [[Batang Kali]], [[Selangor]] bagi penggal [[1982]], [[1986]], [[1990]] dan [[1995]].
 
Beliau pernah dilantik sebagai Senator di [[Dewan Negara]] dari [[2006]] hingga [[2009]].
 
 
Beliau pernah dilantik sebagai Senator di [[Dewan Negara]] dari [[2006]] hingga [[2009]].
== Jawatan ==
* Menteri Besar Selangor (1986 – 1997)
Baris 45 ⟶ 43:
== Kontroversi ==
===Perkahwinan dengan Tengku Zahariah===
Tengku Puteri Zahariah binti Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Kuyah) merupakan puteri [[Sultan Selangor]], [[Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah]]. Dikatakan beliau telah membayar denda [[mutaah]] sebanyak RM16 juta apabila mereka bercerai. Perkahwinan mereka dilakukan di hadapan jurunikah di Kampong [[Tak Bai]], [[Narathiwat]], [[Thailand]] pada 17 Julai 1987 {{fact}}. Lokasi tersebut di antara Rantau Panjang dan terpaksa menyeberangani [[Sungai Golok]], sebelah [[Thailand]]. Sebenarnya Sultan Selangor tidak setuju dengan perkahwinan ini walaupun Kuyah pernah berkahwin sebelum itu dengan Syed Amir Zainal-Abidin ibni Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 23 September 1971 dan mempunyai anak seperti Syed Budriz Putra Syed Amir Zainal Abidin Jamalullail, bekas suami [[Fauziah Latiff]].
 
===Membawa wang keluar negara===
Pada 11 April [[1998]], beliau terpaksa meletak jawatan sebagai [[Menteri Besar Selangor]] setelah Mahkamah Majistret Brisbae memutuskan beliau bersalah membawa keluar wang tunai sebanyak RM 2.4 juta ke [[Australia]]. Beliau ditahan di [[Lapangan Terbang Brisbane]], Australia pada 16 Disember 1996 kerana tidak mengisytiharkan wang milik adiknya untuk membeli tanah di Queensland . Wang tunai tersebut dalam bentuk ringgit Singapura, Malaysia dan New Zealand. Beliau didakwa di dibawah Financial Transaction Reports Act 1988, Australia. <ref>[http://www.austlii.edu.au/au/legis/cth/consol_act/ftra1988308/ FINANCIAL TRANSACTION REPORTS ACT 1988]</ref>
 
Perbicaraan di Mahkamah Persekutuan Brisbane pada 19 Ogos 1997 kerana gagal memaklumkan membawa wang lebih A$5,000 . Beliau dan isterinya menginap beberapa minggu di Brisbane dan berhasrat membina rumah mewah di Gold Coast , barat Queensland di atas tanah seluas 4,500 hektar. Selepas itu beliau terbang ke New Zealand. Tanah di Sovereign Island itu didaftarkan atas nama isterinya Asbi Rohani Binti Asnan yang dibeli setahun sebelum itu dengan harga $3 juta. <ref>[http://www.limkitsiang.com/archive/1997/June97/sg512.htm Speech (Part II) - DAP Malacca Anniversary Dinner]</ref><ref>[http://sahathevan.blogspot.com/2008/02/umno-candidate-mike-tyson-was-found.html UMNO candidate Mike Tyson was found guilty on appeal, even if acquitted]</ref>
 
Dokumen menunjukkan tanah seluas 573 meter persegi di Pakurunga 18 Jun 1996; Tanah 1713 meter persegi di Otahuhu dibeli pada 27 November 1996 pada harga $550,000; dan 4 keping tanah di Mataitai seluas 144 hektardibeli pada 29 November 29 1996 dan 11 Mac 1997. Tanah di Pakurunga dibayar oleh Hasan Bin Muhamad Taib, adik kepada Tan Sri Muhammad dengan harga $520,000 pada 1990 di Singapura.<ref>[http://www.malaysiakini.com/letters/80293 Will Muhd Muhd Taib declare Aussie properties?]</ref>
Baris 59 ⟶ 57:
 
===Blog===
Muhammad Muhd Taib pernah mengkritik kuat penulis blog dan menggelar mereka yang menggunakan alamat web luar negara sebagai pengecut dan bersifat [[pondan]].<ref>[http://www.bernama.com/bernama/v3/news.php?id=280047 'Blog Writers Are Actually Coward' - Muhammad], Bernama.</ref>
:''"Why I say they are coward? Because they are afraid of using (web) addresses in the country but use overseas addresses to slam our country leaders. Is this the character of a man? This is not a man, this is a 'pondan'.''
 
Baris 68 ⟶ 66:
 
===Tukar parti===
Pada 14 April 2013, beliau dilaporkan telah menyertai [[Parti Islam Se-Malaysia]] (PAS), parti komponen [[Pakatan Rakyat]] (PR). Laporan dari Pahang Daily Online telah menyebut bahawa beliau telah menyerahkan borang keahliannya kepada Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr [[Haron Din]] di Bangi pada hari tersebut<ref>[http://news.abnxcess.com/bm/2013/04/mat-taib-masuk-pas/ "Muhd Taib masuk PAS", ABN News, 14 April 2013]</ref>. Beliau hanya akan diperkenalkan secara rasmi oleh parti tersebut pada 22 April 2013 (Isnin) dua hari selepas hari penamaan calon [[Pilihan raya umum Malaysia 2013|Pilihan raya umum ke-13]] untuk mengelakkan tuduhan bahawa dia telah mengambil langkah untuk dicalonkan di dalam pilihan raya umum. <ref>[http://www.malaysiakini.com/news/226883 Ex-Umno veep Mat Taib joins PAS]</ref>
 
Pada 10 September 2015, Muhammad keluar PAS dan masuk [[Parti Keadilan Rakyat]] (PKR) dari [[Pakatan Harapan]] (PH).<ref>{{cite news |title=Mat Taib, Kamaruddin Jaffar tinggal PAS, masuk PKR |url=https://www.malaysiakini.com/news/311936|last1= |first1= |work= |date=11 Sep 2015 |publisher= [[Malaysiakini]] |language=[[Malay language|Malay]]|accessdate=16 May 2017}}</ref>
Baris 75 ⟶ 73:
 
== Gelaran ==
* Dato' ([[8 Mac]] [[1987]])
* Tan Sri ([[7 Jun]] [[1989]])
* Datuk Seri ([[30 Julai]] [[1989]])
 
== Lihat juga ==