Hinduisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
→‎Mengenai Hinduisme: Kata-kata oleh orang-orang terkenal mengenai agama Hindu
Baris 567:
 
Kuil-kuil Hindu biasanya mengadakan kirtana (nyanyian lagu-lagu suci) atau ceramah agama untuk orang ramai.
 
== Mengenai Agama Hindu ==
 
=== [[Sri Ramakrishna]] ===
Hanya Sanatana Dharma, Agama yang Abadi yang didedahkan oleh para Rishi, akan kekal.
 
Agama yang Abadi, agama para Rishi, telah wujud dari zaman yang tidak mengenal sejarah dan akan kekal abadi. Pelbagai bentuk penyembahan wujud dalam Sanatana Dharma - penyembahan Tuhan yang Berupa dan juga penyembahan Tuhan Tak Berupa. Agama ini merangkumi segala jalan - jalan Ilmu, jalan Bhakti, dan sebagainya. Agama-agama lain, kultus-kultus moden, akan timbul untuk beberapa hari dan kemudian hilang.
 
Hanya agama Hindu ialah Sanatana Dharma. ... Agama Hindu telah sentiasa wujud dan akan wujud selama-lamanya.
 
(Terjemahan daripada ''The Gospel of Sri Ramakrishna'')
 
=== [[Swami Vivekananda]] ===
Ingat, kita tidak ada masalah dengan sebarang agama di dunia ini. Semua orang mempunyai Ishta masing-masing. Tetapi, apabila kita lihat seseorang datang dan berkata: "Inilah agama yang sebenar," dan cuba untuk memaksakan agamanya pada orang India, kami ingin memberitahunya ini: Kami mentertawakan orang itu. Meraka yang ingin memusnahkan saudara-saudara mereka atas sebab mereka mengikuti agama lain untuk mencapai Tuhan - memang tidak munasabah mereka bercakap tentang kasih sayang. Kasih sayang mereka tidak ada sebarang nilai. Bagaimana mereka boleh bercakap tentang kasih sayang jika mereka tidak dapat melihat orang lain mengikuti agama lain? Kalau ini dikatakan kasih sayang, apakah itu kebencian?
 
(Terjemahan daripada ''Complete Works of Swami Vivekananda'', III.131-32)
 
Kamu telah menghadapi kejutan kurun demi kurun hanya kerana kamu menjaganya dengan berhati-hati, namun mengorbankan segala-galanya untuknya. Nenek moyangmu mengharungi segala-galanya dengan berani, termasuk maut, tetapi mempertahankan agama mereka.
 
Kuil demi kuil dirobohkan oleh penakluk asing. Tetapi, sebaik sahaja keadaan menjadi reda, puncak menara kuil dibina semula. Beberapa kuil-kuil purba di Selatan India dan kuil-kuil seperti Somanath di Gujarat, akan memberikan banyak pengetahuan, akan memberikan pandangan yang mendalam mengenai sejarah bangsa (India) lebih baik daripada semua buku yang ada. Lihatlah bagaimana kuil-kuil ini menunjukkan tanda-tanda ratusan serangan dan ratusan pemulihan semula, sentiasa dimusnahkan dan sentiasa timbul semula daripada robohan,  dengan nafas baru dan sentiasa kuat!
 
(Terjemahan daripada ''Complete Works of Swami Vivekananda'', III.289)
 
=== Dr. S. Radhakrishnan ===
India meletakan nilai-nilai kerohanian lebih tinggi daripada perkara-perkara lain. Orang Hindu menyedari bahawa bukan sahaja semua jalan menuju kepada Satu Yang Agung, tetapi juga bahawa setiap orang mesti memilih jalan yang bermula daripada tempat di mana dia sedang berada pada permulaan perjalanannya.
 
Hinduisme tidak terikat dengan satu kepercayaan atau sebuah buku, seorang wali atau seorang pengasas. Ia adalah pencarian berterusan untuk kebenaran berdasarkan kepada pengalaman yang dibaharui secara berterusan. Hinduisme adalah evolusi berterusan pemikiran manusia mengenai Tuhan.  
 
Dalam sejarah dunia, Hinduisme adalah satu-satunya agama yang menunjukkan kebebasan penuh dan kebebasan fikiran manusia, dalam keyakinan penuhnya terhadap kuasanya sendiri. Hinduisme adalah kebebasan, terutamanya kebebasan dalam memikirkan tentang Tuhan.
 
=== Arthur Schopenhauer (1788-1860) ===
Di seluruh dunia, tiada pengajian... yang begitu berfaedah dan begitu menambah pengetahuan seperti  Upanishad. Ia telah menjadi penawar kehidupan saya, ia akan menjadi penawar kematian saya.
 
=== Ralph Waldo Emerson ===
Bhagavad Gita menjadikan hari saya yang mengagumkan. Ianya seolah-olah sebuah empayar telah bercakap kepada kita, tiada apa-apa yang remeh atau tidak penting, tetapi lantang, tenang, dan konsisten; suatu suara kepintaran lama pada suatu zaman dan iklim yang lain yang telah menjawab soalan-soalan yang sama yang kita persoalkan.
 
=== Max Muller ===
Biar apa pun tarikh ayat-ayat suci Veda, sama ada 1500 S.M atau 15,000 S.M, ia mempunyai tempatnya yang unik dan berdiri sendiri dalam kalangan kesusasteraan dunia. Ia memberitahu kita sesuatu tentang perkembangan awal fikiran manusia yang tidak dapat ditemui di mana-mana pun.
 
''The Six Systems of Indian Philosophy (1899)''
 
== Hinduisme di Malaysia ==