Perbezaan antara semakan "Takwim Julius"

23 bait ditambah ,  3 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
'''Takwim Julius atau Kalendar Julian''' ({{lang-en|Julian calendar}}) telah diperkenalkan pada tahun [[46 SM]] oleh [[Julius Caesar]] dan dikuatkuasakan pada tahun [[45 SM]] (709 ''[[ab urbe condita]]''). Ia dipilih selepas perundingan dengan ahli [[astronomi]] [[Sosigenes]] dari [[Iskandariah]] dan mungkin direka bentuk lebih kurang menyamai [[tahun tropika]] yang telah diketahui sekurang-kurang sejak zaman [[Hipparchus (ahli astronomi)|Hipparchus]] lagi. Tahun Julius terdiri daripada 365 [[hari]] yang dibahagikan kepada 12 [[bulan]] dengan satu [[hari lompat]] ditambahkan pada bulan [[Februari]] setiap empat tahun. Oleh itu, tahun Julius mempunyai 365.25 hari setiap tahun pada puratanya.
 
Notasi [[Tarikh Gaya Lama dan Gaya Baru|"Gaya Lama" (OS)]] kadang-kadang digunakan untuk menunjukkan tarikh dalam takwim Julius yang bertentangan dengan [[Tarikh Gaya Lama dan Gaya Baru|"Gaya Baru" (NS)]] yang menunjukkan tarikh dalam [[Takwim Gregorius|takwim Gregory]]. Notasi ini digunakan apabila tertimbulnya kekeliruan tentang tarikh yang didapati dalam sesebuah teks.
 
Walaupun takwim Julius masih digunakan dalam [[abad ke-20]] di sesetengah negara dan masih digunakan oleh banyak gereja Ortodoks negara, secara amnya ia telah digantikan oleh [[takwim GregoryGregorius]] moden bagi kegunaan awam. Gereja Ortodoks yang tidak lagi menggunakan takwim Julian menggunakan [[takwim Julius semakan]] dan bukannya [[takwim GregoryGregorius]].
 
Pembaharuan diperlukan kerana terdapat terlalu banyak hari lompat dalam skema Julius yang disebabkan oleh musim-musim astronomi. Pada puratanya, [[soltis]] dan [[ekuinoks]] astronomi adalah lebih cepat daripada tahun Julian sebanyak lebih kurang 11 minit setahun dan mengakibatkan takwim Julian memperoleh satu hari tambahan setiap 134 tahun. Sedangkan [[Hipparchus (ahli astronomi)|Hipparchus]] dan barangkali juga [[Sosigenes]] sedar akan percanggahan ini walaupun bukan nilainya yang tetap, mereka jelas berasa bahawa ini tidak beberapa penting. Bagaimanapun, percanggahan tersebut berkumpul dengan berlalunya masa dan akhirnya menyebabkan pembaharuan pada tahun [[1582]] yang menggantikan takwim Julius dengan [[takwim GregoryGregorius]] yang lebih tepat.
 
== Reformasi Julian ==