Saivisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 1:
'''''Saivisme '''''(juga dikenali sebagai Saivam atau Shaivisme) merupakan suatu mazhab utama agama [[Hinduisme|Hindu]]. Mazhab ini mengagung-agungkan [[Mahadeva|Shiva]] sebagai Tuhan Maha Esa. Penganut-penganut mazhab ini dikenali sebagai Saivam, Saivas atau Saivarkal.
 
Meskipun pada mulanya Saivisme mungkin telah wujud sebagai suatu kepercayaan dan cara pemujaan [[Mahadeva|Shiva]] yang ringkas, lama-kelamaan ia telah berkembang dan menjadi beberapa mazhab-mazhab kecil yang berbeza. Antara mazhab-mazhab kecil ini terdapat enam mazhab yang berpengaruh. Namun, pada masa kini hanya wujud dua atau tiga mazhab yang masih berpengaruh kuat. Enam mazhab-mazhab Saivisme ialah: Kalamukha, Kapalika, Saivisme Kashmir, Pasupata, Saiva Siddhanta, dan Vira Saivisme atau Lingayat.
[[Fail:Vishwanath.jpg|thumb|Kuil Kashi Vishwanath]]
 
== Sejarah Awal Saivisme ==
Asal-usul Saivisme sebagai sebuah agama telah hilang ditelan masa. Bukti penyembahan Siva[[Mahadeva|Shiva]] sememangnya wujud dalam teks-teks awal di India dan juga daripada penemuan arkeologi yang tertua.
 
Teks-teks [[Veda]] menyebut tentang Rudra. Dengan edaran masa, Rudra dikenalpasti sebagai Siva.
 
'''Pānini''' (sekitar 400 S.M.) menyebut bahawa Rudra juga dikenali sebagai Mridā, Bhava, dan Sarva (1, 49; 3, 53; 4,100).