Tun Perak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 23:
|}}
 
'''Bendahara Seri Paduka Raja Tun Perak bin Tun Perpatih Sedang''' (meninggal dunia)( 1498) ialah [[Bendahara Melaka]] yang ke-5 adalah Bendahara yang termasyhur antara semua bendahara Melaka. Pangkat ini yang membawa gelaran "Bendahara Paduka Raja" dalam [[Kesultanan Melayu Melaka]] adalah setanding dengan [[Perdana Menteri]] moden. Tun Perak, bersama-sama dengan [[Aria Gajah Mada]] dari [[Majapahit]], dan [[Raja Kenayan]] dari [[Pasai]], telah dianggap sebagai tiga orang pentadbir yang teragung di alam [[Melayu]] pada [[abad ke-15]].
 
Tun Perak ialah anak Bendahara Seri Wak Raja dan beliau telah menjadi Penghulu Kelang dari tahun 1445 ketika berlangsungnya permusuhan antara kerajaan Siam dan Melaka. Maka, Tun Perak diperintahkan untuk datang ke Melaka bersama-sama orang Kelang yang lain, lelaki mahupun perempuan. Tindakan Tun Perak membawa sekali golongan perempuan menimbulkan persoalan pada Sultan Muzaffar Syah kerana mereka dikehendaki berperang. Tun Perak memberi alasan bahawa kedatangan perempuan adalah supaya lelaki akan berperang lebih bersungguh-sungguh untuk melindungi anak dan isteri mereka.
Baris 36:
Ketika Tun Perak menjawat jawatan Bendahara, beliau telah menakluk negeri-negeri di pantai [[Selat Melaka]] seperti Rokan, Siak, Kampar dan Inderagiri di pulau [[Sumatera]] serta [[Johor]], [[Pahang]], [[Kelantan]], [[Terengganu]] dan [[Negeri Perak|Perak]] yang menjadikan semua negeri ini sebagai jajahan takluk Melaka manakala [[Kedah]] pula menjadi negeri naungan Melaka. Dengan ini, Melaka telah menjadi sebuah empayar yang besar. Tidak kurang juga bagi aspek lain apabila Melaka membangun sehingga mencapai kekuatan dari segi [[politik]], sosial, dan [[ekonomi]]nya. Kepesatan pembangunan di Melaka telah menarik banyak pedagang asing dari [[China]], [[India]], [[Timur Tengah]], serta negara-negara jiran yang lain.
 
==Pelantik Rajaraja==
Sebagai Bendahara Melaka yang berpengaruh, Tun Perak mempunyai kuasa untuk melantik raja Melaka. Lazimnya, beliau akan memilih raja yang mempunyai pertalian persaudaraan dengannya. Sebagai contoh, [[Sultan Alauddin Riayat Syah]] yang dilantik sebagai Sultan Mellaka merupakan anak saudara beliau.