Sekolah vokasional: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 4:
Pusat-pusat latihan vokasional di Malaysia ditawarkan untuk dua peringkat; peringkat rendah dan peringkat tinggi.
 
===REZQAL SYAMrez===
 
Pusat pendidikan vokasional peringkat rendah dipanggil sekolah menengah vokasional atau '''sekolah menengah teknik'''. Ia merupakan pusat pengajian menengah tinggi yang disertai pelajar bagi merancang perjalanan kerjaya mereka dengan lebih awal. Pelajar-pelajar sekolah menengah tingkatan tiga akan membuat permohonan di atas talian bagi kursus yang mereka minati. Laman permohonan ini kebiasaannya dibuka selepas pelajar-pelajar menerima keputusan peperiksaan percubaan [[Penilaian Menengah Rendah]]. Pusat latihan vokasional peringkat rendah terbahagi kepada dua jenis.
Baris 12:
Sekolah teknik kebiasaannya memerlukan pencapaian akademik yang lebih baik. Mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah teknik adalah lebih menjurus kepada teori berbanding praktikal. Pelajar-pelajar sekolah menengah jenis ini dibentuk supaya menjadi seorang jurutera atau memegang peranan besar dalam bidang mereka. Walau bagaimanapun, ada graduan sekolah menengah teknik yang menjadi mekanik misalnya, walaupun mereka mengambil jurusan kejuruteraan mekanikal. Antara subjek yang dimuatkan dalam silibus ialah fizik, kimia, biologi dan lukisan kejuruteraan. Subjek-subjek ini boleh berubah mengikut kursus.
 
#NAJIB KAP2<br/>
Pada awalnya, sekolah vokasional menyediakan latihan kemahiran selama dua tahun. Kandungan pelajarannya terdiri daripada ilmu dasar (teori) dan amali. Pelajar-pelajar sekolah vokasional akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) pada penghujung penggal akhir berbanding murid-murid sekolah teknik yang akan mengambil SPM seperti murid-murid sekolah menengah lain (kebangsaan, sukan, agama, asrama penuh). Sekolah vokasional juga ada menawarkan satu lagi aliran iaitu kemahiran. Aliran kemahiran disediakan untuk keperluan pelajar-pelajar yang berpencapaian rendah. Berbanding pelajar aliran vokasional yang berpencapaian sederhana dalam PMR, pelajar aliran kemahiran diajar secara amali atau kerja tangan sepenuhnya. Mereka akan turut mempelajari beberapa mata pelajaran tapak seperti bahasa Melayu, matematik asas, bahasa Inggeris komunikasi asas dan pendidikan Islam. Pada penghujung penggal terakhir setelah dua tahun menjalani latihan, pelajar aliran kemahiran akan mengambil peperiksaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1.