Lambor: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yup Seri AR (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Yup Seri AR (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Lambor''' merupakan sebuah pekan kecil berhampiran dengan [[Bota]],Kampung [[Teluk Sena]], [[Teluk Bakung]]Gajah, [[Tronoh]], [[Seri Iskandar]] dan lain-lain di [[Perak Tengah]]. Lambor terbahagi dua iaitu [[Lambor Kanan]] dan [[Lambor Kiri]]. Nama-nama kampung yang terdapat di Lambor;
 
''Kanan'': Teluk Bakong, Kampung Tanjung, Kampung Tua, Kampung Talang, Teluk Bedayung, Kampung Empai dan Teluk Sareh.
 
''Kiri'': Kampung Kuchai, Bakong, Kampung Baru, Kampung Lambor Kiri, Kampung Pulau dan Teluk Sena.
 
'''Asal usul''' nama Lambor; nama tempat biasanya merujuk kepada nama keadaan Geografi, pokok, binatang, nama orang, peristiwa dsb tapi Lambor bukan satu perkataan yang wujud di dalam bahasa Melayu itu sendiri, setelah dibuat kajian Linguistik ia terdapat di dalam bahasa Orang Asli Semai yang pengikut Rombongan Laksamana Hang Tuah yang berhijrah ke Negeri Perak atau pun yang sudah mendiami kawasan tersebut terlebih dahulu
# '''Linguistik Suku Kaum Asli Semai''' Setelah diperhatikan kepada ''linguistik'' orang asli suku kaum ''Semai'', terdapat perkataan ''Lambor'' digunakan yang bermaksud tempat untuk menyambut tetamu untuk bersembang, berbincang dan pada zaman moden disebut sebagai 'balkoni' atau beranda atau serambi rumah iaitu satu sudut pada rumah, kebiasaannya di hadapan rumah. Pada makna yang lain 'Bor' dalam bahasa semai bermaksud baik atau suci atau bersih atau bagus. Penggunaan perkataan ini dalam percakapan adalah sebagai contoh, Mah Ega? (Apa khabar?) akan dijawab dengan 'Bor', maksudnya adalah ‘baik’. Jadi dalam istilah semai lambor juga membawa maksud 'Lam' dan ‘Bor’ adalah suatu tempat yang baik untuk berbincang dan juga memutuskan sesuatu perkara yang baik. Istilah ini juga ada berkaitan dengan suatu ''ritual'' atau upacara yang terdapat dalam suku kaum asli semai. Dalam kepercayaan suku asli Semai juga mempunyai suatu ''ritual'' atau penyembahan yang di namakan Lambor (rujukan: ''Tribal Communities in the Malay World; Historical, Cultural, and Social Perspectives; by Geoffrey Benjamin & Cynthia Chou; hlmn.140-142)''
# '''Dialek atau Loghat Daerah''' Masyarakat Melayu ''Hulu Terengganu'' juga menggunakan istilah ''Lambor'' dalam menunjukkan pada makna yang sama iaitu serambi atau anjung atau beranda atau balkoni. Kemungkinan masyarakat ini mempunyai susur galur yang kuat dengan masyarakat Lambor.
# Setelah memahami maksud '''''Lambor''''' yang digunakan oleh dua suku kaum yang berbeza tetapi menggunakan perkataan ini dalam menunjukkan kepada benda yang sama. Maka, ini merungkai kepada misteri Mukim Lambor iaitu pada satu ketika dahulu merupakan suatu lokasi yang berfungsi sebagai tempat '''pertemuan dan perbincangan'''.
 
'''SEJARAH PEMBUKAAN LAMBOR'''
 
Pahlawan Melayu terbilang '''''Hang Tuah''''' telah membawa diri ke Perak, berasa sedih selepas pertarungan yangsengit sehingga membawa kematianmaut kepada sahabatnya Hang Jebat. Dari Melaka, Hang Tuah dikatakan berpindahmembawa diri menuju ke Utara bersama-sama keluarga isterinya dan keluarga Hang Jebat, Orang Asli dari Gunung Ledang turut sama dan tinggal di situ, dengan sebahagian daripada mereka menetap di kawasan tengah Perak. Hang Tuah, bagaimanapun, meneruskan perjalanannya dan menjadi pemimpin Orang Asli di kawasan Utara Perak. Kumpulan terakhir rombongan itu akhirnya menetap di sebuah kawasan yang kini dikenali sebagai Lambor. Ia merupakan penempatan masyarakat Melayu terawal di Negeri Perak, selain Bandar Tua Kg.Gajah. dari sini masyarakat Melayu bertebaran ke serata tempat di Negeri Perak dan di Tanah Melayu. (rujukan: Dr Leonard Y. Andaya, profesor Sejarah Asia Tenggara, Universiti Hawaii di Manoa dalam bukunya, Leaves of same tree: Trade and Ethinicity in the straits of MallacaMalacca)
 
Setelah penaklukan Portugis ke atas Melaka pada tahun 1511, Sultan mahmudMahmud Shah, Sultan Melaka yang terakhir telah membawa diri ke selatan dan mengasaskan kesultanan Johor. Manakala anakandanya Tengku Muzaffar Shah pula ke Utara setelah dijemput untuk memerintah Negeri Perak. Ia juga boleh dibuktikan melalui catatan sejarah negeri Perak, kawasan Lambor pernah menjadi pusat pemerintahan pertama Sultan Muzaffar Shah 1 setelah ditabal sebagai Sultan Perak 1 bermula dari 1528 hingga 1549 Masihi. Lokasinya adalah di Teluk Bakong (Tanah Abang/Tanah Marhum) yang berkedudukan di bahagian kanan tebing sungai Perak manakala penempatan yang bertentangan iaitu berada di bahagian kiri tebing sungai Perak adalah kampung ''Kuchai. Kemudian pusat pemerintahan Kesultanan Negeri Perak berpindah ke Kuala Kangsar yang kemudiannya diisytiharkan sebagai Bandar DiRaja.''
 
Dalam rekod sejarah juga ada mencatatkan bahawa sebelum kesultanan Perak, telah wujud sebuah kerajaan yang diperintah oleh tiga tokoh penting iaitu ''Tun Saba’anSaban Balik (anak Bendahara Tun Perak), To’Tok Temong (Puteri dari Acheh)'' dan ''Maharaja Lambor.''
 
'''KISAH POPULAR YANG DIKAITKAN DENGAN LAMBOR'''
 
terdapatTerdapat sebuah kisah yang cukup terkenal di Malaysia iaitu ''Pak Kadok atau Tok Kadok dengan sumpah ikan tapah'', lokasi kejadian tersebut adalah bertempat di Kampung Tanjung, Mukim Lambor. Masyarakat kini sering memandang serong terhadap tokoh yang bernama ''Pak Kadok'' ini, namun ada suatu fakta yang telah disembunyikan selama ini disebalik kisah tokoh tersebut iaitu beliau merupakan ''Orang Besar Jajahan'' negeriNegeri Perak dan dikurniakan gelaran ''Tok Tua Sakti''. Di antara sumbangan beliau selain daripada menjadi pengasas kepada Kampung Datuk di Tapah, beliau juga merupakan salah seorang yang membantu Bendahara Garang Megat Abdullah ketika dalam misi menyelamatkan Tuan Puteri Limau Purut. Beliau juga pernah menetap di Kampung Pulau, Lambor Kiri sebelum berpindah untuk membuka kawasan diberikan nama Tapah.
 
{{Perak}}