Lambor: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yup Seri AR (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yup Seri AR (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 14:
Pahlawan Melayu terbilang '''''Hang Tuah''''' telah membawa diri ke Perak, berasa sedih selepas pertarungan sengit sehingga membawa maut kepada sahabatnya Hang Jebat. Dari Melaka, Hang Tuah dikatakan membawa diri menuju ke Utara bersama-sama keluarga isterinya dan keluarga Hang Jebat, Orang Asli dari Gunung Ledang turut sama dan tinggal di situ, dengan sebahagian daripada mereka menetap di kawasan tengah Perak. Hang Tuah, bagaimanapun, meneruskan perjalanannya dan menjadi pemimpin Orang Asli di kawasan Utara Perak. Kumpulan terakhir rombongan itu akhirnya menetap di sebuah kawasan yang kini dikenali sebagai Lambor. Ia merupakan penempatan masyarakat Melayu terawal di Negeri Perak, selain Bandar Tua Kg.Gajah. dari sini masyarakat Melayu bertebaran ke serata tempat di Negeri Perak dan di Tanah Melayu. (rujukan: Dr Leonard Y. Andaya, profesor Sejarah Asia Tenggara, Universiti Hawaii di Manoa dalam bukunya, Leaves of same tree: Trade and Ethinicity in the straits of Malacca)
 
Setelah penaklukan Portugis ke atas Melaka pada tahun 1511, Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka yang terakhir telah membawa diri ke selatan dan mengasaskan kesultanan Johor. Manakala anakandanya Tengku Muzaffar Shah pula ke Utara setelah dijemput untuk memerintah Negeri Perak. Ia dipercayai ada kaitannya dengan pertikaian pemerintahan yang berlaku di Negeri Perak. Ia juga boleh dibuktikan melalui catatan sejarah negeri Perak, kawasan Lambor pernah menjadi pusat pemerintahan pertama Sultan Muzaffar Shah 1 setelah ditabal sebagai Sultan Perak 1 bermula dari 1528 hingga 1549 Masihi. Lokasinya adalah di Teluk Bakong (Tanah Abang/ Tanah Marhum) yang berkedudukan di bahagian kanan tebing sungai Perak manakala penempatan yang bertentangan iaitu berada di bahagian kiri tebing sungai Perak adalah kampung ''Kuchai. Kemudian pusat pemerintahan Kesultanan Negeri Perak berpindah ke Kuala Kangsar yang kemudiannya diisytiharkan sebagai Bandar DiRaja.''
 
Dalam rekod sejarah juga ada mencatatkan bahawa sebelum kesultanan Perak, telah wujud sebuah kerajaan yang diperintah oleh tiga tokoh penting iaitu ''Tun Saban Balik (anak Bendahara Tun Perak), Tok Temong (Puteri dari Acheh)'' dan ''Maharaja Lambor.''