Jejari van der Waals: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLBot2 (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 1 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:Q166879
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 9:
Bagi satu molekul, isipadu van der Waals adalah isipadu yang ditutupi oleh [[permukaan van der Waals]]. Isipadu van der Waals satu molekul sentiasa lebih kecil daripada jumlah isipadu-isipadu van der Waals bagi setiap atom dalam molekul itu kerana atom-atom ini dikatakan "bertindih" apabila mereka membentuk [[ikatan kimia]].
 
Isipadu van der Waals satu atom atau molekul boleh juga ditentukan oleh ukuran-ukuran uji kaji ke atas gas-gas, terutamanya daripada [[pemalar van der Waals]] ''b'', [[kebolehkutuban]] ''α'' atau [[keterbiasan molar]] ''A''. Dalam ketiga-tiga keadaan, ukuran dibuat ke atas sampel-sampel makroskopik dan keputusannya biasanya dinyatakan sebagai kuantiti [[mol]]. Untuk mencari isipadu van der Waals bagi satu atom atau molekul tunggal, nilai ini perlu dibahagikan dengan [[pemalar AvogradoAvogadro]] ''N''<sub>A</sub>.
 
Isipadu van der Waals molar sepatutnya tidak dikelirukan dengan [[isipadu molar]] sesuatu bahan. Secara umumnya, dalam suhu dan tekanan makmal biasa, atom-atom atau molekul-molekul suatu gas hanya menduduki 1/1000 isipadu gas, manakala selebihnya adalah ruang kosong. Oleh itu, isipadu molar van der Waals yang hanya mengambil kira isipadu yang diduduki oleh atom-atom atau molekul-molekul biasanya adalah 1000 kali lebih kecil daripada isipadu molar bagi gas pada [[suhu dan tekanan piawai]].