Perbezaan antara semakan "Purana"

190 bait ditambah ,  3 tahun lalu
Perkataan '''Purana''' ([[Sanskrit language|Sanskrit]]: पुराण, ''purāṇa'', [[Bantuan:IPA for English|/pʊˈrɑːnəz/]];<sup>[[Puranas|[1]]]</sup>) secara literal bermaksud "purba",<sup>[[Puranas|[2]]]</sup> dan ia merangkumi kesusasteraan Hindu yang amat luas mengenai pelbagai subjek, khususnya mengenai mitologi, lagenda dan tradisi masyarakat India. Kebanyakan kesusasteraan ini adalah dalam bahasa Sanskrit, meskipun terdapat beberapa Purana popular dalam bahasa vernakular lain.
 
Terdapat 18 Maha Purana (atau Purana yang utama) dan 18 Upa Purana (Purana minor) dalam bahasa Sanskrit. Purana dianggap sebagai teks-teks sekunder atau Smriti dalam agama Hindu.
 
Secara amnya, perkataan 'Purāṇa' diperolehi dengan dua cara: purāa bhavam ('naratif zaman silam') dan purā api navam ('sesuatu yang masih baru dalam zaman silam'). Maka, purana boleh bermaksud sesuatu kisah zaman silam, tetapi masih relevan pada semua zaman.
1,913

suntingan