Reputan radioaktif: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 79 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q11448
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Fail:radioactive.svg|thumb|right|150px|simbol ''trefoil'' adalah digunakan untuk melambangkan bahan radioaktif. Pengekodan [[Unicode]] lambang ini adalah U+2622 (☢).]]'''Reputan radioaktif''' ialah proses yang melibatkan kehilangan tenaga [[nukleus atom]] yang tak stabil melalui pancaran zarah terion atau pancaran [[radiasi]]. Pancaran ini berlaku secara rawak, tanpa melibatkan pelanggaran dengan zarah-zarah lain. Pereputan ini, atau kehilangan tenaga, terjadi pada suatu atom yang dinamakan ''[[nuklid]] induk'', lalu menghasilkan atom jenis lain yang dinamakan ''nuklid anak''. Sebagai contoh, satu atom [[karbon-14]] (atom induk) memancarkan sinaran (radiasi), lalu bertukar menjadi satu atom [[nitrogen-14]] (atom anak). Pada peringkat keatoman, ini merupakan satu proses [[stokastik]], iaitu menurut mekanik kuantum adalah mustahil untuk menjangka mana satu atom yang akan mereput pada suatu-suatu masa.<ref name="not-predict">{{cite web|url=http://www.iem-inc.com/prhlfr.html|title=Decay and Half Life|accessdate= 2009-12-14}}</ref> Akan tetapi jika atom yang sama terdapat dalam bilangan yang amat banyak, kadar pereputan boleh dijangka secara purata.
 
Unit SI untuk keaktifan ialah becquerel (Bq). Satu Bq ditakrifkan sebagai satu transformasi (atau pereputan) dalam setiap saat (per satu saat). Oleh sebab sampel bahan radiaoaktif dengan saiz yang munasabah biasanya melibatkan bilangan atom yang sangat banyak, satu Bq merupakan ukuran keaktifan yang amat kecil sekali. Bilangan dalam tertib GBq (gigabecquerel, 1 x 10<sup>9</sup> reputan per saat) atau TBq (terabecquerel, 1 x 10<sup>12</sup> reputan per saat) lebih lazim digunakan. Satu lagi unit bagi keaktifan ialah curie, Ci, dan curie pada asalnya ditakrifkan sebagai jumlah radon-222 (yang terhasil daripada pemancaran radium) yang bersamaan dengan satu gram radium tulen berisotop Ra-226. Pada masa kini, takrifan ini adalah bersamaan dengan keaktifan mana-mana radionuklid yang mereput dengan kadar reputan 3.7 × 10<sup>10</sup> Bq. Penggunaan Ci kurang digalakkan oleh komuniti SI.
 
[[Fail:radioactive.svg|thumb|right|150px|simbol ''trefoil'' adalah digunakan untuk melambangkan bahan radioaktif. Pengekodan [[Unicode]] lambang ini adalah U+2622 (☢).]]
 
== Rujukan ==