Sejarah Kesatuan Soviet: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
CommonsDelinker (bincang | sumb.)
Fail Lenin_portrait.jpg telah dibuang kerana ia telah dihapuskan di Commons oleh Jcb
Mengganti laman dengan 'Kejatuhan Empayar Rusia pada Mac 1917 Kategori:Kesatuan Soviet Kategori:Rusia Kategori:Pembubaran 1991'
Baris 1:
Kejatuhan [[Empayar Rusia]] pada Mac 1917
Kejatuhan [[Empayar Rusia]] pada Mac 1917, menandakan titik permulaan Kesatuan Republik Sosialis Soviet. Revolusi ini dicetus oleh rakyat [[Petrograd]] (kini dipanggil [[Leningrad]]) yang bangun menentang regim [[Tsar]] yang zalim dan meneruskan tentangan mereka sehinggalah [[Tsar Nicholas II]] turun takhta. Apabila kerajaan beliau tumbang, kuasanya telah diambilalih oleh perwakilan pilihan rakyat ''[[Duma]]'', yang membentuk sebuah kerajaan sementara. Namun demikian pada November [[1917]] kerajaan ini pula telah dijatuhkan oleh golongan [[Bolshevik]], dibawah pimpinan [[Vladimir I. Lenin]]. Golongan Bolshevik (yang memanggil diri mereka komunis pada [[1918]]) telah berjaya menewaskan Bolshevik selepas [[Perang Saudara Soviet|perang saudara]] yang berlarutan selama tiga tahun (1918-21). Mereka mengambil kuasa secara rasminya pada Disember [[1922]] dan menubuhkan Kesatuan Republik Sosialis Soviet (Kesatuan Soviet), yang merangkumi kesemua wilayah jajahan bekas [[Empayar Rusia]]. Kerajaan yang baru ini telah mengharamkan semua organisasi [[politik]] dan melancarkan pemerintahan satu parti ''one-party rule'', di mana kerajaan pusat mengawal semua aspek [[politik]], [[ekonomi]], [[sosial]], dan [[budaya]] rakyatnya. Lenin, sebagai ketua parti Komunis, telah ditabalkan sebagai pemerintah pertama negara ini.
 
Selepas kematian Lenin pada [[1924]], beliau digantikan oleh [[Joseph V. Stalin]]. Stalin merupakan seorang yang jauh lebih kejam dari Lenin dan beliau telah memaksa pengindustrian serta pertanian secara kolektif secara besar-besaran di negara ini. Disamping itu, banyak syarikat swasta dan kawasan pertanian telah dirampas oleh kerajaannnya. Ini telah mengakibatkan rakyatnya hidup dalam penderitaan dan sengsara. Berjuta-juta rakyatnya telah dibunuh, ditahan atau dibiarkan kebuluran. Selain itu beliau telah membunuh para pembangkang kerajaan. Oleh itu era pemerintahan beliau dikenali sebagai ''the Great Terror''. Namun demikian, polisi Stalin telah berjaya dan wilayah-wilayah Soviet membangun dengan amat pesatnya, walaupun pembangunan adalah lebih kepada [[industri berat]] dan [[industri ketenteraan|ketenteraan]] dan bukannya berdasarkan kehendak [[pengguna]]. Stalin yakin pembangunan ekonomi yang pesat adalah mustahak untuk survival Kesatuan Soviet.
 
 
Beliau begitu bimbang dengan peperangan dan serangan pihak Jerman. Oleh itu satu perjanjian telah ditandatangani pada 1939 iaitu ''Nazi-Soviet Nonaggression Pact'', yang membolehkan kerajaanya mengambil bahagian timur Poland (Ukraine barat), wilayah-wilayah Baltik, dan Bessarabia. Walaupun begitu, perjanjian ini telah dicabuli oleh pihak [[Nazi]] yang menceroboh Kesatuan Soviet bermula pada Jun [[1941]]. Selepas kekalahan demi kekalahan di tangan tentera Jerman, [[Tentera Merah]] ''the Red Army'' akhirnya berjaya membendung kemaraan Jerman pada [[1943]], dan pada [[1945]], menduduki sebahagian besar Eropah Timur termasuk sebahagian Jerman (iaitu [[Jerman Timur]]). Walaupun lebih 20 juta rakyat Soviet terkorban akibat [[Perang Dunia II]], penduduk di seluruh dunia gerun dengan kehebatan bala tentera Soviet.
 
[[Fail:Red Army in Tbilisi Feb 25 1921.jpg|157px|thumb|right]]
Era pasca-perang menyaksikan Kesatuan Soviet mengubah pendudukan militarinya di Eropah Timur kepada dominasi politik dan ekonomi, dimana regim-regim pro-komunis di bawah pantauan Moscow telah diangkat sebagai pemerintah. Selain itu, kerajaan komunis Soviet telah berusaha untuk mengembangkan sayapnya ke negara-negara luar termasuk negara jirannya seperti [[Finland]] dan [[Afghanistan]]. Ini telah menerima reaksi negatif dari negara-negara barat, lalu tercetuslah perang yang dipanggil [[Perang Dingin]]. Dalam masa yang sama, Stalin terpaksa membina semula [[ekonomi]] Soviet yang telah runtuh akibat perang, sambil meneruskan polisi lamanya iaitu membangunkan industri berat dan ketenteraan, serta menindas para pembangkang dan melanggar [[hak asasi manusia]].
 
Selepas kematian Stalin pada 1953, [[Nikita Khrushchev]] beransur-ansur menjadi ketua Soviet yang dominan. Beliau cuba membawa kelainan dengan membidas cara pemerintahan Stalin yang mengutamakan kezaliman dan penindasan. Walaupun begitu, beliau meneruskan polisi luar bersifat konfrontasi terhadap negara Barat. Era beliau dikenali dengan [[perlumbaan senjata nuklear]] dan [[perlumbaan angkasa|penjelajahan angkasa lepas]]. Walaupun begitu penglibatannya dalam [[krisis peluru berpandu Cuba]], yang hampir-hampir mencetuskan [[peperangan nuklear]], telah menjadi punca kejatuhannya sebagai ketua parti dan ketua negara pada [[1964]]. Pengganti Kruschev ialah [[Leonid Brezhnev]] yang meneruskan polisinya iaitu ''détente'' dengan negara Barat and penumpuan kepada [[perindustrian berat]] dan [[ketenteraan]].
 
Selepas kematian Brezhnev pada [[1982]], sistem [[politik]], [[ekonomi]] dan [[budaya]] negara telah dikawal oleh birokrasi yang konservatif, dan berusia. Pengganti beliau, [[Iurii V. Andropov]] dan [[Konstantin U. Chernenko]], memegang kuasa dalam waktu yang sangat singkat dan tidak membawa banyak perubahan. Sewaktu Gorbachev dipilih sebagai setiausaha agung [[CPSU]] dan ketua negara Soviet pada [[1985]], kemelut dalam sistem sosialis Soviet telah menjadi semakin teruk. Akibatnya, Gorbachev terpaksa mengumumkan perubahan secara mendadak untuk membangunkan semula negara, dan beliau memulakan beberapa siri program pembaharuan yang dipanggil [[perestroika]], [[glasnost]], dan [[demokratizatsiia]].
 
Namun demikian, usaha beliau untuk mengadakan reformasi politik dan ekonomi tidak mencapai matlamatnya. Malah, ia telah mencetuskan huru-hara dan kemelut politik di peringkat nasional. Ditambah pula dengan masalah ekonomi yang masih berlarutan. Disamping itu beberapa bangsa di dalam kesatuan ini telah mendesak kerajaan untuk memberi wilayah mereka lebih autonomi politik dan ekonomi; Bahkan ada jua yang mahukan [[kemerdekaan]] sepenuhnya dari Kesatuan Soviet. Pergolakan antara wilayah yang telah dikawal oleh regim Soviet selama ini telah meletus dan ramai orang telah terkorban. Sistem sosialis [[autoritarian]] menjadi semakin goyah dan agak lambat bertindak untuk mengatasi krisis sosial tersebut. Pada 1990an, dasar perestroika Gorbachev telah gagal membawa pemulihan ekonomi kepada rakyat, manakala glasnost' dan demokratizatsiia hanya melonggarkan kawalan regim terhadap rakyatnya.
 
Satu [[referendum]] untuk pengekalan USSR telah diadakan pada 17 Mac, 1991, dengan populasi mengundi untuk pengekalan kesatuan berkenaan di kebanyakan republik. Referendum berkenaan telah memberikan Gorbachev satu kelebihan yang kecil, dan pada musim panas 1991 satu perjanjian kesatuan telah dirangka dan dipersetujui oleh kebanyakan republik yang mana ia akan menukarkan Kesatuan Republik Sosialis Soviet kepada [[federal]] yang lebih longgar. Tandatangan Perjanjian itu bagaimanapun diganggu oleh satu rampasan kuasa bulan Ogos, - satu cubaan rampasan kuasa terhadap [[Mikhail Gorbachev]] oleh ahli konservatif Parti Kommunis, merujuk kepada "Hardliners" media Barat. Selepas rampasan kuasa itu ditumpaskan , Yeltsin menjadi wira manakala kuasa Gorbachev telah berkurang dengan banyaknya. Perimbangan kuasa sekarang lebih memihak kepada republik-republik berkenaan. [[Latvia]], [[Estonia]] and [[Lithuania]] telah diisytiharkan merdeka, manakala 12 republik yang lain menyambung kembali perbincangan tentang model kesatuan yang lebih longgar lagi. Pada 8 December [[1991]], presiden-presiden [[Russia]], [[Ukraine]] dan [[Belarus]] telah menandatangani [[Belavezha Accords]] yang mengisytiharkan kesatuan berkenaan dibubarkan dan Komenwel Negara-negara Merdeka ditubuhkan untuk menggantikannya. Sementara ramai yang masih tertanya-tanya siapa yang mempunyai kuasa untuk membubarkan kesatuan berkenaan, pada 25 December 1991, Gorbachev meletakkan jawatan president USSR dan memberikan kuasa kepada [[Boris Yeltsin]]. Hari berikutnya "Supreme Soviet", badan kerajaan tertinggi Kesatuan Soviet, membubarkan dirinya. Ini secara umumnya diisyhtiharkan sebagai rasmi, pembubaran akhir USSR sebagai satu kerajaan yang berfungsi. Kebanyakan organisasi seperti Tentera Merah dan angkatan militia menyambung tugas mereka tetapi akhirnya dibubarkan atau diserap ke dalam negara-negara merdeka yang baru.
 
[[Kategori:Kesatuan Soviet]]