Isi Neraka: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Baris 51:
* [[M. Zain]]
* [[Fatimah Ahmad]]
 
==Cerita Di Sebalik Tabir==
 
Salah satu dialog yang dilafaskan oleh ([[Salleh Kamil]]) di dalam filem Isi Neraka arahan Jamil Sulong pada tahun 1960 menjadi ingatan penggiat seni. Selapas melafaskan dialog itu Salleh Kamil dikatakan menggigil seluruh badan sehingga terpaksa ditenangkan oleh rakan-rakan pelakon dan juga krew. Seniman ([[Haji Mahadi]]) telah membaca doa dan membuat air penawar untuk diberikan kepada Salleh Kamil bagi memulihkan semula semangatnya.
 
Salleh Kamil beranggapan dialog itu itu bagaikan bencana kepada dirinya. Tetapi setelah dinasihatkan oleh Haji Mahadi sebagai seorang yang tinggi ilmu agamanya, Salleh Kamil kembali tenteram. Haji Mahadi mengatakan jika niat kita hanya untuk memberi pengajaran dan kesedaran kepada masyarakat yang menonton ianya tidak menjadi kesalahan besar. Yang penting niatkanlah apa yang kita lakukan semua kerana Allah tidak kepada yang lain. Haji Mahadi adalah salah seorang yang dirujuk oleh Jamil Sulong dalam kelansungan pembikinan filem Isi Neraka ini.
 
Sebelum menerima watak Wira di dalam filem ini, Salleh Kamil telah beberapa kali telah menolak tawaran dari Jamil Sulong. Kata Salleh, “Takutlah sebab ini soal agama, soal Tuhan, aku tak berani.” Tetapi akhirnya Salleh Kamil mengalah apabila dipujuk oleh Jamil Sulong dan diyakinkan oleh Haji Mahadi.
 
Filem Isi Neraka turut menampilkan ([[Ahmad Mahmood]]) bergandingan dengan ([[Sa’adiah]]) sebagai pelakon utama. Boleh dikatakan hampir kesemua pelakon yang bekerja di MFP terlibat di dalam filem ini. Filem ini juga telah dikatakan mendapat sambutan baik apabila ditayangkan. Ianya sedikit sebanyak telah berjaya mengangkat reputasi ([[Jamil Sulong]]) sebagai pengarah. Isi Neraka merupakan filem keempat arahan Jamil Sulong dalam tempoh 2 tahun sejak dilantik menjadi pangarah pada penghujung tahun 1958 dengan mengarahkan filem pertamanya Batu Belah Batu Bertangkup.
 
==Lagu==
Baris 59 ⟶ 69:
* http://www.sinemamalaysia.com.my/film/info/?id=Isi_Neraka_446
* http://www.filemkita.com/filem/i/isi_neraka_01.html
* https://www.thepatriots.asia/salleh-kamil-menggigil-selepas-lafas-dialog-dalam-isi-neraka/
 
[[Kategori:Filem Malaysia tahun 1960|Isi Neraka]]