Hypp Sensasi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 16:
== Sejarah Saluran ==
* '''2013:''' HyppSensasi dahulunya merupakan salah satu saluran '''''video-on-demand'' (VOD)''' premium berbahasa Malaysia dengan harga langganan RM9 sebulan, bersama-sama dengan saluran VOD HyppVariasi dan HyppAnimasi.
* '''2014, ''4 Ogos:''''' HyppTV telah melancarkan saluran gaya hidup dan hiburan tempatannya yang pertama, yang diberi nama '''HyppSensasi'''. Saluran baru ini menayangkan program unik dan kandungan eksklusif berbahasa Malaysia dalam definisi tinggi (HD). Ia sudah boleh mula ditonton di saluran 116 di HyppTV. HyppSensasi memulakan langkah pertamanya melalui rancangan candawara (''game show'') pertama terbitan HyppTV iaitu '''''Tu Dia!''''', selain dengan pengenalan lima drama bersiri tempatan yang disiarkan pertama dan eksklusif iaitu; ''Cahaya Di Hujung Nyawa'', ''Permainan Cinta'', ''Selipar Jepun Stiletto Merah'', ''Cinta Si Egois'', dan ''BIB''.<ref>[https://theskop.com/2014/09/7-saluran-baru-di-tm-hypptv/ 7 Saluran Baru Di TM HyppTV], The Skop, 15 September 2014.</ref>
* '''2015, ''10 Jun:''''' HyppTV '''bekerjasama dengan syarikat penerbitan TV tempatan''' bagi memantapkan siaran saluran, selain memenuhi citarasa penonton setia HyppSensasi. Dengan itu HyppTV melancarkan dua buah drama bersiri terbaru, pertama dan eksklusif untuk siaran HyppSensasi – iaitu ''Puteri Gunung Ledang'' dan ''Jodoh Sebelah Pintu''.<ref>[https://www.tm.com.my/Newsroom/Pages/HYPPTV-UNVEILS-2-NEW-LOCAL-DRAMA-SERIES,-FIRST-AND-EXCLUSIVE-ON-HYPPSENSASI-.aspx HYPPTV UNVEILS 2 NEW LOCAL DRAMA SERIES, FIRST AND EXCLUSIVE ON HYPPSENSASI], Telekom Malaysia Berhad, 10 Jun 2015.</ref>
* '''2015, ''19 Ogos:''''' HyppSensasi mempelbagaikan lagi genre hiburan seperti '''gaya hidup''' untuk tontonan seisi keluarga, dengan memperkenalkan program ''1 Jam Makan'' terbitan usahasama HyppTV dan FriedChillies Food Network. Tayangan perdana rancangan gaya hidup pertama ini disiarkan secara eksklusif pada 16 Ogos 2015, setiap Ahad jam 9:30 malam.<ref>[https://www.tm.com.my/Newsroom/Pages/HYPPTV-LAUNCHES-ITS-FIRST-LIFESTYLE-FOOD-SHOW-%E2%80%981-JAM-MAKAN%E2%80%99-ON-HYPPSENSASI.aspx HYPPTV LAUNCHES ITS FIRST LIFESTYLE FOOD SHOW ‘1 JAM MAKAN’ ON HYPPSENSASI], Telekom Malaysia Berhad, 19 Ogos 2015.</ref>
* '''2015, ''8 September:''''' Rancangan TV realiti pertama HyppSensasi dan di Malaysia bertemakan ''rock 'n roll'' terbitan KRU Studios, '''''Rockers: Pentas Panas''''' dilancarkan untuk mencari bakat nyanyian baharu dunia ''rock 'n roll'' tanah air di serata Malaysia.<ref>[https://www.tm.com.my/Newsroom/Pages/HYPPTV-UNVEILS-%E2%80%98ROCKERS%E2%80%99,-MALAYSIA%E2%80%99S-FIRST-ROCK-n-ROLL-REALITY-TV-SHOW-ON-HYPPSENSASI-.aspx HYPPTV UNVEILS ‘ROCKERS’, MALAYSIA’S FIRST ROCK & ROLL REALITY TV SHOW ON HYPPSENSASI], Telekom Malaysia Berhad, 8 September 2015.</ref>
* '''2017, ''22 Disember:''''' HyppSensasi telah '''mencapai rekod 1 juta tontonan''' sejak pengenalan saluran pada 4 Ogos 2014. Pratonton percuma disediakan kepada semua pelanggan dan bukan pelanggan HyppTV dan HyppTV Everywhere bermula 22 Disember 2017 sehingga tarikh tamat siaran percuma yang akan diumumkan kelak.<ref>[https://www.youtube.com/watch?v=TFUoaqHCTys unifi TV : HyppSensasi Tontonan Percuma (HyppSensasi Saluran 116)], YouTube, 21 Disember 2017.</ref>
* '''2018, ''15 Januari:''''' Bagi meraikan pencapaian 1 juta penonton saluran HyppSensasi HD serta penjenamaan semula HyppTV kepada unifi tv, rancangan candawara (''game show'') interaktif yang bersiaran secara langsung – pertama seumpamanya di Malaysia – '''''Teka Tekan''''' dilancarkan; yang mana membolehkan para pelanggan unifi tv menjawab soalan melalui alat kawalan jauh, dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 setiap hari.<ref>[http://tekatekan.unifi.com.my/ <nowiki>[6Laman Web Rasmi Teka Tekan], unifi tv, 12 Januari 2018.</nowikiref>]
 
== Rujukan ==