Majlis Perbandaran Kangar: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
||
Baris 2:
==Sejarah==
sebagai '''Pihak Berkuasa Tempatan Daerah Kangar''' Sebelum tahun 1956, Kerajaan Tempatan di Negeri Perlis terletak di bawah "
Kawasan Kerajaan Tempatan pada ketika itu, telah ditadbir oleh Lembaga Kesihatan atau dikenali oleh masyarakat setempat
Pada tahun 1956, Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalulail, Raja Perlis telah melantik satu Suruhanjaya untuk mengkaji dan membuat syor mengenai Kerajaan Tempatan di Negeri Perlis. Melalui cadangan yang dibuat oleh Suruhanjaya tersebut, pekan-pekan yang terletak di bawah "Sanitary Board" telah disusun semula di bawah empat Penguasa Tempatan iaitu
Pada 1 Januari 1980, kesemua Penguasa Tempatan di Perlis disusun semula. Pihak Kerajaan telah menyarankan agar kesemua Penguasa Tempatan di Perlis disatukan bagi memastikan sistem pentadbiran dan perkhidmatan dapat diberikan dengan lebih cemerlang. Memandangkan Negeri Perlis adalah merupakan sebuah negeri yang unik dari segi keluasannya, maka yang demikian telah diputuskan bahawa hanya satu pusat pihak Penguasa Tempatan yang harus diwujudkan. Sehubungan dengan itu, Penguasa tempatan yang diwujudkan telah diberi taraf otonomi dan dinamakan Majlis Perbandaran Kangar (MPK).
Dengan status Majlis Perbandaran yang telah diberikan ini, sedikit sebanyak telah memberikan gambaran baik bahawa Negeri Perlis ini adalah merupakan sebuah kawasan yang telah membangun dan maju. Bukan itu sahaja, malah persepsi orang ramai mengenai imej Negeri Perlis sebagai sebuah negeri dikawasan luar bandar telah dapat diubah dengan secara tidak langsung. Pada peringkat awalnya, kawasan operasi MPK meliputi kawasan seluas 40 batu persegi Pihak Berkuasa Tempatan Daerah Kangar.
Seterusnya dalam tahun 1989, kawasan operasi ini telah diperluaskan sehingga meliputi 118 km persegi. Malah kawasan operasi MPK juga telah dikaji semula oleh pihak Kerajaan Negeri dan melalui Warta Kerajaan Negeri Bilangan 5 Jilid 42 yang bertarikh 4 Mac 1999 berkuatkuasa mulai 22 Oktober 1997 telah sebulat suara meluluskan pindaan ke atas kawasan Majlis di mana seluruh Negeri Perlis kecuali Kawasan Hutan Simpan diisytiharkan sebagai Kawasan Majlis Perbandaran Kangar dengan keluasan 795 km persegi.
|