Perbezaan antara semakan "Loghat"

2 bait dibuang ,  2 tahun lalu
k
kosmetik
k (Bot: Memindahkan 93 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q33384)
k (kosmetik)
Dalam kegunaan umum, perkataan "loghat" atau "loghat daerah" adakalanya dipakai untuk memaksudkan suatu bahasa yang kurang biasa didengari (terutamanya [[bahasa setempat]]), khususnya bahasa yang tidak bertulis atau tidak diselaraskan.<ref>Perhatikan, contohnnya, penggunaan "dialect" dalam ayat berikut yang dipetik dari potert biografi Theodore Roosevelt (''The river of doubt: Theodore Roosevelt's darkest journey'' (2005) oleh Candice Millard, Doubleday), ''"… and Rondon, although he knew ten different Indian dialects…"'' ("…dan Rondon, biarpun ia tahu akan sepuluh dialek Indian berbeza…", ms. 80). Penelitian kandungan akhbar masa itu turut memperlihatkan penggunaan yang sama.</ref> Penggunaan perkataan ini tidak sedap didengari penutur bahasa-bahasa yang dimaksudkan kerana diiringi salah sangka bahawa bahasa minoriti berkenaan ketandusan kosa kata, tatabahasa atau kepentingan.
 
Bilangan penutur dan liputan geografi loghat itu agak sukar ditentukan, lebih-lebih lagi loghat itu boleh terbahagi lagi kepada loghat-loghat kecil. Loghat itu adalah sistem perhubungan penuh (baik lisan mahupun [[Bahasa isyarat|berisyarat]], tetapi tidak semestinya bertulis) yang dilengkapkan lagi [[perbendaharaan kata]] dan [[tatabahasa]] sendiri.
 
Loghat yang dikaitkan dengan [[darjat sosial]] tertentu dipanggil ''[[sosiolek]]''. Kelainan-kelainan bahasa yang lain termasuk: [[bahasa baku]] yang diselaraskan untuk tujuan perhubungan umum (contohnya, tulisan piawai); [[jargon]] yang dicirikan melalui perbezaan dalam [[leksikon]] ([[perbendaharaan kata]]); [[slanga]]; [[patois]]; [[pijin]] ataupun [[bahasa sulit]]. Corak pertuturan tertentu yang dipakai oleh seseorang individu sahaja dipanggil [[idiolek]].
 
Sesuatu loghat itu boleh dibezakan melalui kosa kata, tatabahasa, dan sebutannya ([[fonologi]], termasuk [[prosodi (linguistik)|prosodi]]). Jika hanya terdapat perbezaan pada sebutannya, maka harus digunakan istilah ''[[pelat]]'' atau ''telor'', bukan ''dialek'' atau ''bahasa daerah'' (tetapi istilah ''loghat'' adalah tepat bagi kedua-dua erti ini).
 
== Loghat baku dan bukan baku ==
44

suntingan