Alleycats: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 29:
Dengan kemunculan album ''Kuching ''Alleycats menempatkan diri mereka di tangga teratas di kalangan artis vokal berkumpulan ketika itu. Pada sekitar tahun 1984, mereka melahirkan sebuah album konsep eksperementasi iaitu ''Drama Kehidupan ''yang menyimpang daripada tema cinta seperti yang terkandung di dalam album-album mereka sebelum ini. Biarpun begitu, album ini tidak begitu berjaya menonjolkan lagu-lagu "hits" seperti album-album sebelumnya. Alleycats kembali menerapkan tema asal mereka dalam album ''Kerana. ''
 
Alleycats sedikit terjejas daripada segi penjualan album setelah M. Nasir meninggalkan Polygram dan tidak lagi menyumbangkan lagu ciptaan beliau kepada kumpulan muzik ini. Biarpun begitu, Alleycats terus bertahan dalam industri rakaman tempatan dengan menghasilkan album setiap tahun sehingga memasuki tahun-tahun 1990-an apabila terpaksa bersaing dengan kumpulan-kumpulan muzik rock yang penuh bertenaga seperti Search, Lefthanded, Wings dan lain-lainnya yang kelihatan merampas kedudukan mereka di pesada teratas industri muzik tempatan.
 
Pada tahun 1992, Alleycats melahirkan album studio berkonsepkan rock sepenuhnya iaitu ''Untukmu, ''namun album ini tidak diterbitkan oleh penerbit biasa mereka Eric Yeoh. Eric kembali buat kali terakhir menerbitkan album Alleycats iaitu ''Kucing Lorong ''pada tahun 1998. Pada tahun 2002, Alleycats melahirkan sebuah album "tribute" dengan merakamkan semula lagu-lagu hits artis-artis tempatan, Singapura dan Indonesia yang popular sejak tahun-tahun 60-an hingga 80-an dengan cara mereka yang tersendiri, dan sesuai dengan usaha mereka tersebut, album ini diberi tajuk ''Interpretasi.''