Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Afiq3688 (bincang | sumb.)
Baris 86:
Seterusnya, Kelas Rancangan Khas (KRK) di SMKGB telah mula dibuka pada tahun 1983. Pada awal penubuhannya, bilangan KRK di tingkatan 1 hanyalah sebuah kelas sahaja. Bilangan ini meningkat kepada 2 buah kelas di tingkatan 1 pada tahun 1996. Menjelang tahun 2003, kelas tingkatan 1 telah ditambah kepada 3 buah kelas. KRK bertambah lagi kepada 4 buah kelas menjelang tahun 2006. Jumlah keseluruhan KRK ting 1, 2 dan 3 pada tahun 2008 ialah 4 buah kelas bagi setiap tingkatan yang jumlahnya 12 buah kelas.
 
SMKGB juga telah diisytiharkan sebagai sekolah kawalan daerah Alor Gajah mulai tahun 2003 yang menetapkan kemasukan ke sekolah ini melalui 2 cara. Pertama, penempatan murid KRK oleh JPM dengan kelayakan minimum UPSR 3A2B (SK) dan 6A2B (SJK). Kedua, penempatan murid Kelas Kawalan (KK) diuruskan oleh PPD Alor Gajah dengan menetapkan kelayakan minimum UPSR 2A. Pada tahun 2007, sekolah ini telah menerima status Sekolah Cemerlang melalui Anugerah Sekolah Cemerlang, Kementerian Pelajaran Malaysia. Berikutnya pada Jun 2009, sekolah ini juga telah diisytiharkan sebagai [[Sekolah Kluster Kecemerlangan]] (SKK) oleh [[Kementerian Pelajaran Malaysia|Kementerian Pelajaran Malaysia]]. Kebitaraan sekolah ialah Bahasa Melayu dan Budaya.
 
==Kecemerlangan akademik==