Anugerah Juara Lagu ke-14: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 54:
 
==Trivia==
 
* Edisi kali ini menampilkan persaingan sangat sengit antara Lagu Andalusia nyanyian M.Nasir & Hati Kama nyanyian Noraniza Idris & Siti Nurhaliza.
 
* M.Nasir telah mencipta rekod peribadi dan rekod AJL kerana telah menjadi artis dan komposer pertama yang memenangi AJL sebanyak 3 kali selepas kali pertama pada tahun 1994 menerusi lagu 'TANYA SAMA ITU HUD HUD', kali kedua pada tahun 1997 dengan lagu 'GHAZAL UNTUK RABIAH' (duet bersama Jamal Abdillah).
 
* Semasa dalam persembahan beliau, mungkin terlalu asyik dalam persembahan lagu, M.Nasir membaling alat muzik Tamborin ke belakang dan hampir terkena pemain muzik orkestra di belakang beliau.
 
* Kemunculan semula KRU dalam arena AJL, tetapi bertanding sebagai komposer & penulis lirik lagu 'Istimewa' nyanyian Kumpulan Indigo.
 
* Juara Lagu kali ini merupakan kali kedua buat [[Siti Nurhaliza]] berentap dalam ketiga-tiga kategori selepas [[Anugerah Juara Lagu 1998|Juara Lagu 1998]]. Ini menunjukkan dua tahun berturut-turut beliau bertanding bagi tiga kategori yang berbeza.
 
* Ziana Zain membuktikan kekuatan vokal beliau menerusi lagu Syurga Di Hati Kita meskipun beliau mengandung 2 bulan pada malam Anugerah Juara Lagu tahun ini.
 
* Pak Ngah atau Suhaimi Mohd. Zain muncul sebagi komposer dan penulis lirik bersama pertama yang layak dalam kategori Irama Malaysia menerusi 3 buah lagu iaitu Hati Kama, Samrah Mentari, dan Dondang Dendang sekaligus membuka peluang yang luas buat beliau untuk memenangi kategori tersebut.
* Komposer Azmeer buat julung-julung kalinya menghasilkan karya terbaik untuk penyanyi tersohor Siti Nurhaliza dan lagu tersebut berjaya memenangi kategori Balada pada tahun ini meskipun mendapat saingan yang cukup sengit daripada lagu-lagu lain yang berbisa seperti Syurga Di Hati Kita, Hanya Satu dan Aku Tetap Aku.
 
* Pada tahun 2006 ketika majlis persandingan Siti Nurhaliza, penyanyi Nora dan Ziana Zain menghadiahkan persembahan lagu 'Hanya Satu' dan 'Syurga Di Hati Kita' yang merupakan lagu-lagu kegemeran Siti.
* Komposer Azmeer buat penampilan sulungnya sebagai komposer untuk lagu "Purnama Merindu" nyanyian Siti Nurhaliza.
* Kemunculan pertama kali dan terakhirnya Kumpulan Indigo melalui lagu Istimewa dalam kategori Pop Rock dalam Anugerah Juara Lagu memberi saingan kepada lagu-lagu lain dalam kategori ini.
 
* Seperti AJL 1998, tiada kumpulan muzik (band) layak ke Anugerah Juara Lagu 1999 buat kali ketiga. Kumpulan Kopratasa layak ke AJL, tetapi tidak bermain muzik sendiri dalam kategori Irama Malaysia.
 
* AJL 1999 menyaksikan Erra Fazira bertanding buat kali pertama menerusi lagu 'Jendela Hati'.
 
* Lagu 'Biso Bonar' ciptaan dan nyanyian [[Hattan]] gagal mara ke final untuk kategori Pop Rock biarpun lagu tersebut disifatkan sebagai antara rakaman lagu terbaik dalam sejarah industri muzik serta dicalonan 4 kategori di AIM 2000. Peristiwa sama berulang pada 2006 apabila lagu ''[[Nafas Cahaya]]'' ciptaan M.Nasir / Loloq / nyanyian [[Misha Omar]] gagal ke final kategori Etnik Kreatif dan akhirnya diangkat sebagai Lagu Terbaik di AIM 2009.
* Noraniza Idris memenangi Persembahan Terbaik untuk 2 tahun berturut-turut.
 
* Penampilan terakhir Jamal Abdillah & Shima di gelanggang akhir AJL.
 
 
{{Ajl}}