Khurafat: Perjanjian Syaitan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kemaskini.
Menambah sedikit butiran.
Baris 27:
| untung_kasar = RM8.08 juta
}}
 
'''''Khurafat: Perjanjian Syaitan''''' (atau '''''Khurafat''''' sahaja) ialah sebuah filem seram Malaysia 2011 arahan pemenang [[Pengarah Terbaik (FFM)|Pengarah Terbaik FFM 23]], [[Syamsul Yusof]] yang ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 13 Januari 2011. Filem yang dibintangi oleh Syamsul sendiri, [[Liyana Jasmay]] dan [[Sabrina Ali]] ini merupakan filem pertama arahan Syamsul bagi genre seram, yang mengangkat tema kekufuran masyarakat yang sanggup meminta bantuan selain dari [[Allah]].<ref>[http://www.cinema.com.my/movies/details.aspx?search=2010.6700.khurafat.12432#m2Zb3a8B5oLfEAXZ.97 Khurafat - Perjanjian Syaitan] Cinema.com.my. Diperoleh pada 5 Februari 2011.</ref> Filem ini turut melahirkan sebuah siri TV, iaitu ''Khurafat The Series'' yang disiarkan pada 12 Julai 2011 di [[Astro Ria]].<ref>[http://selebritionline.com/khurafat-the-series/ Khurafat The Series] ''Selebriti Online''. Diperoleh pada 21 Julai 2011.</ref>
 
Baris 57 ⟶ 58:
{{quote|"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar."<ref>[http://www.surah.my/24 Surah An-Nur] Surah.my. Diperoleh pada 7 Februari 2012.</ref>}}
 
''Khurafat'' merupakan filem keempat arahan [[Syamsul Yusof]] dan merupakan filem ke-26 terbitan [[Skop Productions]] dengan kerjasama [[Grand Brilliance]]. Ia merupakan percubaan pertama Syamsul bagi genre seram selepas sekian lama bertumpu pada genre aksi, ''Khurafat'' menjadi satu-satunya filem arahan Syamsul yang disiapkan memgikut jadual yang ditetapkan.<ref>"Pengarah serba boleh",
''Harian Metro'', 18 Februari 2010, m/s 18.</ref> Kos pembikinan dan promosi filem ini dianggarkan bernilai RM1.7 juta. Penggambaran dijalankan selama 25 hari bermula 14 Januari 2010 di sekitar [[Kuala Lumpur]], [[Hulu Langat]] dan [[Bukit Tinggi]], dan dimuktamadkan pada 7 Februari 2010.<ref name="Info Khurafat">[http://www.budiey.com/sinopsis-trailer-movie-still-poster-info-filem-khurafat/ Info filem Khurafat] ''Sensasi Selebriti''. Diperoleh pada 25 Januari 2012.</ref>
 
[[Liyana Jasmay]] yang terkenal dengan peranannya dalam beberapa filem seperti ''[[Castello]]'' (2006), ''[[Papadom]]'' (2009) dan ''[[Duhai Si Pari-Pari]]'' (2010) memegang watak sebagai Aisyah, isteri kepada Johan.<ref name="Info Khurafat"/> Ditanya mengenai pemilihan Liyana, Syamsul berkata: "Berlakon dengan pelakon hebat seperti Liyana, segalanya berjalan dengan lancar dan mudah. Bahkan dalam filem ini, beliau (Liyana) berjaya menjiwai watak Aishah dengan baik selain tampak lebih matang dan dewasa daripada watak sebenar".<ref>Norhadiani Baharom, "Gigitan manja buat Syamsul", ''Harian Metro'', 18 Februari 2010.</ref> [[Salina Saibi]] yang sebelum ini pernah berlakon dalam filem ''[[Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam]]'' (2009) arahan Syamsul, memegang watak sebagai Zura, rakan karib Anna yang dilakonkan oleh [[Sabrina Ali]].<ref name="Info Khurafat"/> Pos-produksi filem ini dijalankan di Siam Film Development Co. Ltd. di [[Bangkok]], [[Thailand]], manakala sistem bunyi disediakan oleh [[Dolby Digital|Dolby Digital Surround]].<ref name="Info Khurafat"/>
Baris 79 ⟶ 81:
Lagu tema filem ini ialah "Ya Robbi" dinyanyikan oleh Syamsul Yusof dan Dr. Anwar Fazal. Muzik videonya menampilkan sedutan adegan filem ''Khurafat.''
 
==Siri TVAdaptasi==
{{utama|Khurafat The Series}}
Tujuh bulan selepas ''Khurafat'' ditayangkan, sebuah siri televisyen adaptasi filem sebanyak 13 episod dengan judul sama telah disiarkan di [[Astro Ria]] bermula 12 Julai 2011.<ref name="Khurafat The Series"/> Ia dibintangi oleh [[Zahiril Adzim]] sebagai Johan yang dilakonkan oleh [[Syamsul Yusof]] dalam versi filem, manakala [[Nora Danish]] memegang watak Mastura.<ref name="Khurafat The Series">Abdul Aziz Itar (11 Julai 2011). [http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0711&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm Khurafat The Series yakin lulus LPF] ''[[Utusan Malaysia]]''. Diperoleh pada 21 Julai 2011.</ref> Drama ini diarahkan oleh Ismail Yaakob.<ref name="Khurafat The Series"/>