Peristiwa 13 Mei: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yk Yk Yk (bincang | sumb.)
k Suntingan 219.93.153.253 dikembalikan ke versi terakhir oleh Yk Yk Yk
Baris 57:
Khabar angin mengatakan [[Tentera Sabil]] dari [[Sungai Manik]] hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan [[Tentera Selempang Merah]] dari [[Muar]] dan [[Batu Pahat]] tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan [[Cheras]].
 
Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan [[air jampi]] dan [[tangkal penebat]], iaitu [[ilmu kebal]] dengan harga yang agak mahal . Sebenarnya mereka mengambil kesempatan daripada keadaan cemas tersebut. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang-terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu sahaja yang telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu.
 
Namun rusuhan kaum tidak terjadi di [[Kelantan]], [[Terengganu]] dan [[Pahang]]. Di [[Perak]], [[Kedah]], [[Pulau Pinang]] serta [[Perlis]] tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri [[Johor]] dan [[Negeri Sembilan]] juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit di [[Melaka]]. Di [[Betong]] ada tembakan oleh PKM. Ini membuktikan sebenarnya pergaduhan ini bukanlah isu kaum 100%. Tapi lebih kepada kepentingan politik yang kotor. Andai kata ia isu perkauman semata-mata kenapa ia tidak terjadi di negeri - negeri Pahang, Kelantan, dan Kedah yang mana orang-orang Melayu sangat ramai dan berkuasa.
 
==Angka korban ==
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada [[Universiti California, Berkeley]] menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei. Paling ramai terkorban ialah orang Cina.<ref>Hwang, In-Won (2003). ''Personalized Politics: The Malaysian State under Mahathir'', m.s. 88. Institut Pengajian Asia Tenggara. ISBN 981-230-185-2.</ref>
 
== Di mana Tunku==