Perbezaan antara semakan "Demografi Lahad Datu"

Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Lahad Datu terletak di sebelah Pantai Timur Sabah. Antara suku kaum yang terdapat di Lahad Datu ialah etnik [[Idahan]], [[Bajau]], [[Subpan]], Begahak, [[Suluk]], [[Iranun]], Melayu Cocos, Jawa, Tidong, Banjar, Butun, Timor dan juga Cina terutamanya di kawasan bandar.
 
===KaumEtnik [[Idahan]]===
Suku Kaum [[Idahan]] atau Ida'an merupakan salah satu kaum Pribumi tertua di Daerah [[Lahad Datu]] namun kaum ini jika dilakukan bancian akan dimasukkan dalam kategori “bumiputera lain-lain”. Suku kaum ini terkenal dengan aktiviti sarang burung mereka di [[Gua Madai]]. Pada tahun 1970, sebanyak 1643 orang Idahan terdapat di Lahad Datu. Suku Kaum ini boleh ditemui di Lahad Datu di Kg. Ramong dan Kg. Segangan kira-kira 498 orang. Masyarakat Idahan juga boleh ditemui di Rancangan Silabukan Peringkat 1,2 dan 3 namun mereka ini telah berasimilasi dengan penduduk lain. Selain itu jumlah suku kaum [[Idahan]] yang menetap di satu-satu tempat ialah Kg. Sapagaya iaitu kira-kira 2500 orang.
 
=== Etnik Suluk ===
'''Kaum Bajau'''
 
===Etnik [[Bajau]]===
Masyarakat Bajau boleh dibahagikan kepada dua di Sabah iaitu Bajau pantai Barat dan Bajau pantai Timur. Bajau di pantai Barat merupakan suku kaum yang menunggang kuda dan hidup di kawasan pedalaman. Manakala kaum Bajau pantai timur pula golongan yang hidup di kawasan laut. Kaum Bajau salah satu suku kaum yang terbesar di Lahad Datu yang berasal daripada Mindanao dan Basilan. Mereka juga dikenali sebagai ‘Sea gypsies’ kerana mereka mengembara di Laut. Kebanyakan mereka ini juga dikenali dengan nama ‘Samah’ kerana kebanyakan kawasan penempatan mereka terletak di sekitar pantai.
 
Bajau Pantai Timur kebanyakan mereka bekerja sebagai nelayan,pemungut trepang dan mengumpul mutiara. Penempatan mereka termasuk di Sandakan,Lahad Datu,Tawau dan Semporna. Aktiviti mereka lebih kepada menangkap ikan, membina bot, dan perahu. Mengikut bancian tahun 1921, jumlah penduduk bajau di Sabah ialah 44,728 dan majoritinya tertumpu di Lahad Datu.[17] Pada tahun 1965, bancian yang dilakukan menunjukkan sebanyak 17 064 orang Bajau terdapat di Residen Tawau. Manakala pada tahun 1970,bilangan orang Bajau yang terdapat di Lahad Datu ialah 2807 orang. Mengikut bancian penduduk Lahad Datu berdasarkan Linguistik pada tahun 1982, kebanyakan penduduk Bajau ini boleh didapati di Tanjung Membatu dan Sungai Nyamuk (kira-kira 600 orang), Tanjung Labian(kira-kira 350 orang),Lok Buani(250 orang), Bengingod (kira-kira 499 orang), Dengan (kira-kira 353 orang), Telibas (kira-kira 422 orang), Makuau (kira-kira 100 orang), Mangkarat(kira-kira 30 orang), Tg. Membatu(30 orang),Bakapit (400 orang),Telisa i(kira-kira 600 orang) dan di Tg. Paras,Pulau Sakal, Pulau Tiga,Pilau Luok dan Teruakan iaitu kira-kira 800 orang penutur bahasa Bajau.
 
'''Kaum===Etnik Dusun Bagahak dan Subpan'''===
 
Seterusnya ialah kaum Dusun Bagahak dan Subpan iaitu merupakan penduduk pribumi yang terdapat di Sabah. Pada tahun 1965, terdapat sebanyak 2,126 orang Dusun di Residen Tawau. Pada tahun 1970, sebanyak 2,900 orang Dusun di Lahad Datu. Di Lahad Datu, suku kaum Dusun ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu Dusun Subpan dan Dusun Bagahak(Tungku). Suku kaum Dusun Bagahak boleh ditemui di Ulu Tungku(kira-kira 1,200 orang) yang merupakan penduduk pribumi Tungku dan juga di Kampung di Manar (kira-kira 90 orang). Manakala suku kaum Dusun Subpan boleh ditemui di Ulu Segama dan Bukit Belacon iaitu 200 orang dan 600 orang masing-masing. Jika mengikut bancian penutur suku kaum Dusun di Lahad Datu keseluruhannya ialah kira-kira 2,090 orang pada tahun 1982.
 
Kebanyakan orang Bagahak di Tungku masih belum beragama(Pagan) dan mereka masih mengamalkan kepercayaan dewa-dewa atau DOTO menurut bahasa mereka. Namun dengan kemasukan agama [[Islam]] yang dibawa oleh orang-orang [[Sulu]] dari [[Filipina]] dan kemasukan mubaligh Kristian, sebilangan masyarakat di sini sudah beragama Kristian dan [[Islam]].
 
=== Etnik Melayu Cocos ===
 
=== Etnik Jawa ===
 
=== Etnik Bugis ===
 
== Penempatan ==
1,799

suntingan