Perbincangan:Senarai kata pinjaman bahasa Melayu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tofeiku (bincang | sumb.)
Master of Books (bincang | sumb.)
Penjelasan mengeluarkan istilah "benua" & "buat" dari senarai

Baris 1:
{{talkheader}}

== Bukti istilah "benua" dan "buat" adalah kosa kata Melayu ==
"Benua" bukanlah istilah Iban. Ia merupakan istilah yang tercatat dalam prasasti bahasa Melayu Kuno sekurang-kurangnya pada abad ke-7 M (683 M).

Untuk mengatakan bahawa ia berasal daripada bahasa Iban adalah tidak tepat. Ini kerana istilah "benua" (vanua) terpahat pada batu bersurat seawal abad 7 M dalam Bahasa Melayu Kuno, namun tiada sebarang prasasti yang menunjukkan ia telah ditulis dalam bahasa Iban sebelum tarikh kewujudan istilah itu pada prasasti tersebut.

'''Petikan Prasasti Kedukan Bukit (683 M) dalam bahasa Melayu Kuno [(untuk istilah "benua" (vanua)] :'''

"laghu mudita dātaṃ marvuat '''vanua''' <...>"

'''Terjemahan dalam Bahasa Melayu Moden:'''

"Belayar mudik datang membuat benua <...>"

Dalam hal berkaitan, kajian oleh para pengkaji bahasa, istilah "benua" (vanua) bukan sahaja wujud dalam Bahasa Melayu, bahkan wujud dalam beberapa bahasa Austronesia (serumpun dengan Bahasa Melayu) lain seperti bahasa Visayan, Tagalog, Banjar, Bugis, Toraja, Minahasa, Dayak/Iban, Vanuatu, Fiji, Maori, "Tongan", dan bahasa2 Polinesia lain.

Manakala '''istilah "buat"''' telah wujud atau tercatat/'''terpahat seawal abad ke-7 M''' pada Prasasti/Batu Bersurat Kedukan Bukit (dalam '''Bahasa Melayu Kuno'''), dll.

Istilah "buat" '''tiada dalam kamus atau kosa kata bahasa Sanskrit'''. Ini kerana "do" atau "doing" ialah "karin", "kara" dalam bahasa Sanskrit, tapi tiada istilah sepadan/hampir sama dengan ejaan "vuat" (buat) dalam bahasa Sanskrit.

'''Petikan Prasasti Kedukan Bukit (683 M) dalam bahasa Melayu Kuno [(untuk istilah "buat" (vuat)] :'''

"laghu mudita dātaṃ '''marvuat''' vanua <...>"

'''Petikan Baris-Baris Teks Prasasti Kota Kapur (686 M) dalam bahasa Melayu Kuno [(untuk istilah "buat" (vuat)]:'''

"Marppadah tida ya bhakti. tida yan tatvarjjawa diy aku. dngan diiyan nigalarku sanyasa datua. dhava '''vuathana''' uran inan nivunuh ya sumpah nisuruh tapik ya mulan parvvanda datu çriwi-"

"jaya. Talu muah ya dnan gotrasantanana. tathapi savankna yan '''vuatna''' jahat. makalanit uran. makasuit. makagila. mantra gada visaprayoga. udu tuwa. tamval."

"Sarambat. kasihan. vacikarana.ityevamadi. janan muah ya sidha. pulan ka iya muah yan dosana '''vuatna''' jahat inan tathapi nivunuh yan sumpah talu muah ya mulam yam manu-"

Malah, '''R.J. Wilkinson''' dalam kamusnya bertajuk "'''A Malay-English Dictionary'''", Singapura, 1901-1903, memasukkan kata-kata "'''vanua'''" (benua) dan "'''vuat'''" (buat) '''sebagai bahasa Melayu'''.

Dengan itu, saya mengeluarkan istilah "benua" dan "buat" daripada senarai tersebut kerana terbukti kedua-dua istilah itu telah dilabel secara salah.

[[Pengguna:Master of Books|MoBs]] ([[Perbincangan pengguna:Master of Books|bincang]]) 12:13, 1 Mac 2018 (UTC)
Kembali ke laman "Senarai kata pinjaman bahasa Melayu".