Bahasa Poland: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Bot: perubahan kosmetik
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 20:
Kini Bahasa Poland merupakan [[bahasa rasmi]] [[Poland]]; bahasa ini dituturi oleh kebanyakan penduduk Poland yang seramai 38 juta (banci 2002). Terdapat juga sesetengah penutur ibunda di [[Belarus]] barat, [[Ukraine]], dan juga [[Lithuania]] timur. Disebabkan oleh emigrasi dari Poland pada masa yang berlainan, berjuta-juta penutur ibunda boleh didapati di negara-negara seperti [[Australia]], [[Brazil]], [[Kanada]], [[United Kingdom]], [[Amerika Syarikat]], dan lain-lain.
 
Dianggarkan terdapat sejumlah 10 juta [[etnik Poland]] di luar Negara Poland. WalaubagaimanapunWalau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan berapa ramaikah diantara mereka yang bertutur dalam bahasa Poland - dianggarkan seramai 3,5 ke 10 jutejuta<ref>1. Walczak, Bogdan, 2001. ''Język polski na Zachodzie'' [in:] Jerzy Bartmiński (ed.). ''Współczesny język polski''. Lublin.: Wydawnictwo UMCS. 2. Price, Glanville (ed.), 2001. ''Encyclopedia of the languages of Europe''. Oxford, Malden.: Blackwell Publishers. 3. Rothstein, Robert A., 2002. ''Polish'' [in:] Comrie, Bernard and Corbett, Greville, G. (ed.). ''The Slavonic Languages''. First edition in paperback (first published 1993). London and New York.: Routledge.</ref>. Ini menjadikan jumlah keseluruhan penutur ibunda Bahasa Poland seramai antara 40 dan 48 juta di seluruh dunia. Menurut Etnolog, terdapat kira-kira 43 juta penutur bahasa Poland sebagai bahasa utama di seluruh dunia<ref>Gordon, Raymond G., Jr. (ed.), 2005. Ethnologue: Languages of the World, Fifteenth edition. Dallas, Tex.: SIL International. Online version: http://www.ethnologue.com/.</ref>.
 
Bahasa Poland mempunyai penutur yang kedua teramai di kalangan [[Bahasa-bahasa Slavik]] selepas [[Bahasa Rusia]]. Bahasa ini merupakan lambang utama [[Bahasa-bahasa Lechia]] yang sebagai cawangan [[Bahasa-bahasa Slavik Barat]]. Bahasa Poland berasal dari kawasan Poland masa kini dari berbilang dialek-dialek Slavik Barat tempatan, terutamanya yang dituturkan di [[Poland Besar]] dan [[Poland Kecil]]. Bahasa ini berkongsi beberapa kosa kata dengan bahasa-bahasa Slavik yang berdekatan, yang terjelasnya dengan [[Bahasa Slovak]], [[Bahasa Czech]], [[Bahasa Ukraine]], dan [[Bahasa Belarus]].