Negeri-Negeri Selat: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 202.45.133.220 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Alexander Iskandar
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 95:
 
== Jajahan Dindings dan Seberang Perai ==
[[Manjung|Jajahan Dindings]] yang merangkumi beberapa pulau berhampiran dengan muara [[Sungai Perak]] dan sebahagian kawasan yang bersambungan dengan tanah besar [[Perak]] telah diserahkan kepada [[British]] melalui [[Perjanjian Pangkor]] pada tahun 1874. WalaubagaimanapunWalau bagaimanapun, Jajahan Dindings telah dikembalikan oleh British kepada Kerajaan Negeri Perak pada tahun 1937 kerana sukar untuk ditadbir secara langsung dari Pulau Pinang selain kelemahan dari segi politik dan kewangan.
 
Seberang Perai (dahulunya dikenali sebagai Province Wellesley), terletak di Tanah Besar [[Semenanjung Malaysia]] dan berhampiran dengan Pulau Pinang telah diserahkan kepada United Kingdom oleh Sultan Kedah pada masa itu iaitu [[Sultan Muhammad Jiwa]] selepas kekalahan Angkatan Perang [[Kedah]] di dalam peperangan untuk merampas kembali Pulau Pinang oleh British pada tahun 1798 dan bersempadanan dengan Utara dan Barat Perak. Sempadan dengan Kedah telah dipersetujui oleh British melalui Perjanjian ditandatangai oleh British dengan Siam kerana pada ketika itu Kedah adalah dibawah naungan Siam. Kawasan ini ditadbir oleh Pegawai Daerah dan dibantu oleh beberapa orang pembantu yang berhubung dengan Penasihat British di Pulau Pinang.