Kereta api: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 14:
== Tarikan ==
[[Fail:YosriKeretaApiWap.JPG|250px|thumb|left|Kereta api wap yang pernah digunakan di Malaysia.]]
Pada mulanya kereta api ditarik [[kuda]] sehinggalah awal abad ke-19. Pada ketika itu engin wap digunakan. Pada 1920an, kereta api mula menggunakan diesel (sesetengahnya petrol), sehinggalah sekarang kereta api menggunakan tenaga elektrik. Pada 1970an kebanyakan negara telah mengganti kereta api wap untuk kegunaan harian. Hanya beberapa negara seperti [[China]] dan [[India]] masih menggunakan kereta api wap kerana sumber arang batunya yang murah dan banyak. WalaubagaimanapunWalau bagaimanapun kereta api jenis ini mula pupus. Kereta api bersejarah seperti ini masih digunakan di sesetengah negara sebagai salah satu daya tarikan pelancong.
 
Lokomotif moden menggunakan engin diesel dan/atau motor elektrik. Biasanya, engin diesel akan memberi kuasa kepada motor elektrik untuk memutarkan tayar, atau sesetengah engin diesel menghantar kuasa ke tayarnya melalui kaedah hidrolik. Pemindahan mekanik, seperti di dalam kereta, digunakan pada sesetengah kereta api dan engin pirauan ( ''shunting engine'' ). WalaubagaimanapunWalau bagaimanapun, kos pengendalian kereta api diesel adalah tinggi. Oleh itu, jika kereta api itu mempunyai lalu lintas atau orang ramai yang mencukupi, kereta api itu mungkin akan menggunakan kuasa elektrik. Ini adalah kerana kereta api elektrik lebih murah untuk dikendali dan mempunyai prestasi yang lebih tinggi daripada kereta api diesel.
 
== Kereta api penumpang ==