Michigan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 65:
Peneroka [[Perancis]] telah meneroka dan menetap di Michigan pada [[abad ke-17]]. Orang Eropah yang pertama tiba ke Michigan adalah kumpulan [[Étienne Brûlé]] pada [[1622]]. Kawasan penempatan Eropah pertama dibina oleh Paderi [[Jacques Marquette]] pada [[1668]]. Marquette merupakan pendakwah [[Jesuit]] yang membina sebuah kumpulan pendakwah Kristian di [[Sault Ste. Marie]]. Pada [[1679]], Robert Cavelier Sieur de la Salle mengarahkan pembinaan sebuah [[kapal]] yang dinamai ''Griffin'' - kapal Eropah yang pertama yang berlayar di bahagian atas Great Lakes. Dalam tahun yang sama, Le Salle membina Kubu Miami di kawasan yang sekarang dikenali sebagai St. Joseph.
 
Pada tahun [[1701]], peneroka dan pegawai Perancis, Antoine de la Mothe Cadillac membina Detriot di sekitar selat yang berada di antara Tasik St. Clair dan Erie. Pembinaan penempatan itu dibenarkan oleh kerajan Perancis kerana Cadillac telah berjaya memujuk ketua menteri Raja [[Louis XIV]], Louis Phélypeaux, comte de Pontchartrain untuk membina sebuah penempatan tetap di kawasan Detroit moden untuk menguatkan lagi pengaruh Perancis di bahagian utara Great Lakes and sekaligus, mengawal kemaraan pihak [[Inggeris]]. Seratus askar dan pekerja telah diarahkan untuk membina kubu yang diperbuat daripada kayu seluas 200 kaki persegi. Kubu itu dinamakan Kubu Pontchartrain. Isteri Cadillac, Marie Thérèse adalah wanita pertama yang berpindah dan tinggal di Michigan. Detroit kemudian pesat membangun untuk menjadi pusat perdagangan bulu dan perkapalan. Pada masa yang sama, pihak Perancis telah menguatkan lagi Kubu Michilimackinac di Selat Mackinac dengan tujuan meningkatkan lagi penguasaan perdagangan bulu yang sungguh menguntungkan. Di tengah [[abad ke-18]], Perancis berjaya menduduki kubu-kubu di Niles dan Sault Ste. Marie. WalaubagaimanapunWalau bagaimanapun, bahagian-bahagian Michigan yang lain tidak diteroka oleh orang-orang Eropah.
 
Setiba [[1760]], pihak Perancis hilang jajahan Amerika Utara mereka kepada pihak Inggeris. Kejatuhan Perancis di Amerika Utara telah disebabkan oleh ''French and Indian War'' ([[1754]]–[[1763]]). [[United Kingdom|Great Britain]] mula menguasai Michigan pada 1763 dan kemudian Amerika Syarikat yang baru dua puluh tahun kemudian. Pembukaan [[Terusan Erie]] pada 1825 kemudiannya membawa ramai peneroka baru dan ini menjadi salah satu punca utama perkembangan penduduk Michigan. Perkembangan itu bagaimanapun adalah secara perlahan.
Baris 132:
<!---{{see|Senarai daerah Michigan}}-->
 
Michigan merangkumi kawasan seluas 250,630 km² (96,810 batu²) dan sekaligus menjadi negeri Amerika Syarikat terbesar di timur [[Sungai Mississippi]] jika kawasan perairannya diambil kira. WalaubagaimanapunWalau bagaimanapun, [[Georgia, Amerika Syarikat|Georgia]] dan [[Florida]] mempunyai keluasan darat yang besar sedikit daripada Michigan. Michigan dipecahkan kepada 83 daerah.
 
Negeri ini bersempadan dengan [[Indiana]] dan [[Ohio]] di selatan serta [[Wisconsin]] di barat laut Upper Peninsula. Negeri ini juga mempunyai sempadan perairan dengan [[Minnesota]], [[Illinois]], negeri [[Kanada]] iaitu [[Ontario]] dan [[Walpole Island]] yang menjadi kawasan rezab pribumi Kanada.
Baris 148:
Sungai-sungai di negeri ini adalah kecil, pendek dan cetek. Ini menyebabkan hanya beberapa batang sungai sahaja yang membolehkan kemudian bot-bot. Sungai-sungai utama adalah Au Sable, Thunder Bay, Cheboygan dan Saginaw yang mengalir ke [[Tasik Huron]]; Ontonagon dan Tahquamenon ke arah Tasik Superior; serta St. Joseph, Kalamazoo, Grand dan Escanaba ke Tasik Michigan. Tidak ada satu tempat pun di Michigan yang terletak 137 km (85 batu) jauh daripada mana-mana Great Lakes. Negeri ini juga mempunyai 11,000 buah pulau serta jumlah panjang sungai sepanjang 58,000 km (36,000 batu).
 
Michigan mempunyai bentuk muka bumi yang pelbagai. Batu-bata yang besar yang primitif boleh ditemui di serata negeri. Batu-batu di Upper Peninsula terdiri daripada ''Lower Silurian sandstones'', ''limestones'', perak and besi, seperti yang di [[sistem Huronian]] di [[Canada]]. Bahagian tengah Lower Peninsula pula mengandungi arang batu serta batu-bata yang berasal dari zaman [[permo-Carboniferous]]. Batu [[Devonian]] and [[sub-Carboniferous]] berada di sekitar negeri. Tanah di Michigan pula terdiri daripada pelbagai jenis. Kawasan-kawasan yang luas, terutamanya di bahagian selatan adalah sangat subur. WalaubagaimanapunWalau bagaimanapun, Upper Peninsula dipenuhi dengan kawasan bergunung-ganang dan tidak sesuai untuk pertanian.
 
Oleh kerana Michigan dikelilingi oleh tasik-tasik yang besar, cuaca di sini dipengaruhi oleh tasik-tasik tersebut. Keadaan ini juga menyebabkan julat suhu di Michigan lebih kecil berbanding kawasan-kawasan yang terletak di [[latitud]] yang sama. Antara hidupan flora di sini adalah [[asswood]], [[maple]], [[elm]], [[sassafras]], [[butternut]], [[walnut]], [[poplar]], [[hickory]], [[oak]], [[willow]], [[pine]], [[birch]], [[beech]], [[hemlock]], [[witchhazel]], [[tamarack]], [[cedar]], [[locust]], [[dogwood]], and [[ash]].