Spider-Man: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 118.100.103.170 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Kururubot
Teg: Undur
Tiada ringkasan suntingan
Baris 20:
}}
 
'''Spider-Man''' ('''Peter Benjamin Parker''') ialah [[wira]] [[Watak fiksyen|rekaan]] [[Komik Marvel]] yang hebat yang dicipta oleh [[Stan Lee]] dan [[Steve]] [[Ditko]]. Sejak kemunculannya dalam siri buku [[komik]] ''[[Amazing Fantasy]]'' #15 (Ogos [[1962]]), dia telah menjadi salah satu wira hebat yang paling popular, lama bertahan, dan berjaya secara komersil di [[dunia]].
 
Ketika Spider-Man diterbitkan buat pertama kali pada dekad [[1960-an]], watak-watak [[Remaja|belasan tahun]] dalam buku-buku komik wira hebat biasanya merupakan watak sampingan. Siri Spider-Man menjadi perintis apabila ia memperkenalkan seorang wira yang pada dirinya merupakan seorang anak remaja yang "dihantui oleh perasaan disingkirkan, kekurangan, dan kesunyian" yang para pembaca muda boleh memahami. <ref>Wright, Bradford W. ''Comic Book Nation''. (Johns Hopkins, 2001) m.s. 210</ref> Sejak permulaannya, Spider-Man telah muncul dalam berbagai-bagai [[media]], termasuk banyak [[Spider-Man dalam televisyen|siri televisyen]] animasi dan aksi hidup, [[The Amazing Spider-Man#Lerang komik akhbar|lerang komik]] [[akhbar]] [[bersindiket]], dan satu [[Filem Spider-Man|siri filem]] yang berjaya.
 
Marvel telah menerbitkan banyak [[Bibliografi judul Spider-Man|siri buku komik Spider-Man]], dengan ''[[The Amazing Spider-Man]]'' merupakan siri yang pertama. Sejak dari permulaannya, watak Peter Parker telah berkembang dari seorang murid [[sekolah tinggi]] yang malu menjadi seorang pelajar [[kolej]] yang risau sehingga seorang guru yang berumah tangga serta ahli pasukan wira hebat [[Avengers (komik)|Avengers]].
 
Spider-Man telah berhadapan dengan pelbagai musuh yang tidak kurang hebatnya seperti Sandman(Flint Marco),Venom(Edward"Eddie" Brock),Doctor Octopus(Octa Octovius) dan ramai lagi.