Internet: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
[[Fail:WorldWideWebAroundWikipedia.png|thumb|300px|Gambaran grafik maklumat struktur jaringan WWW pada Wikipedia, sebagaimana digambarkan sebagai pautan]]
Secara amnya, '''Internet''' (singkatan perkataan [[bahasa Inggeris]]; ''inter-network'') ialah [[rangkaian komputer]] yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet (huruf 'I' besar) ialah [[sistem komputer]] umum, yang berhubung secara sejagat dan menggunakan [[TCP/IP]] sebagai [[protokol komputer|protokol]] pertukaran paket (''packet switching communication protocol''). Rangkaian internet yang terbesar dinamakan '''Internet'''. Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan ''internetworking''.
 
== Kemunculan Internet ==
{{Utama|Sejarah internet}}
Rangkaian pusat yang membentuk Internet bermula pada tahun 1969 sebagai [[ARPANET]], yang dibangunkan oleh ARPA (United States Department of Defense Advanced Research Projects Agency). Beberapa penyelidikan awal yang disumbang oleh ARPANET termasuk kaedah rangkaian tanpa-pusat (decentralised network), teori queueing, dan kaedah pertukaran paket (packet switching).
 
Pada 01 Januari 1983, ARPANET menukar protokol rangkaian pusatnya, daripada [[NCP]] kepada TCP/IP. Ini merupakan permulaan Internet yang kita kenali hari ini.
 
Pada sekitar 1990-an, Internet telah berkembang dan merangkaikan kebanyakan daripada rangkaian-rangkaian komputer yang sedia ada.
 
== Internet kini ==