Jajahan Pasir Mas: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Suntingan 60.50.46.40 dikembalikan ke versi terakhir oleh Master2841
k Betulkan ejaan "dariapda" ke "daripada"
Baris 4:
 
==Projek DiRaja==
[[Image:Kelapa wangi.jpg|150px|left|thumb|Kepala Wangi.]] Projek DiRaja Tanaman Kelapa Wangi adalah hasil dari ilham dan cadangan DYMM Raja Perempuan Kelantan selaku Penasihat kepada Projek DiRaja Kelantan. Projek ini merupakan projek pertama yang di lancarkandilancarkan di Negeri Kelantan pada awal 2001
Sebidang tanah seluas 12.8 ha (31.55 ekar) telah diusahakan di Kampung Gual Mesa, Mukim Apam, Jajahan Pasir Mas yang terdiri dari tanah kerajaan dan keadaan tanah tersebut pada masa itu adalah terbiar dan ditenggelami air.
 
Kerja-kerja pembangunan projek ini telah dijalankan bersama oleh jabatan dan agensi kerajaan terutama dari jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian serta juga pihak swasta kerana tiada peruntukan wang khusus disediakan bagi melaksanakan projek ini. Kerja-kerja penyediaan plan tatatur telah disediakan oleh Jabatan Perancang Bandar dan desa dengan nasihat teknikal diberikan oleh Jabatan Pertanian. Komponen projek terdiri dari tapak tanaman kelapa wangi, tapak tanaman sayur-sayuran, kolam ikan, reban ternakan ayam, rumah peserta, tapak gerai jualan, pejabat dan jalan ladang.
Seramai 8 peserta telah diambil dariapdadaripada mereka yang terdiri dari golongan rakyat termiskin yang menepati kriteria yang telah ditetapkan oleh Kemeterian Pembangunan Luar Bandar untuk melayakkan mereka mendapat bantuan rumah PPRT(Program Pembangunan Rakyat Termiskin). Peserta dan keluarga akan ditempatkan di dalam kawasan projek dengan diberi kemudahan rumah dan kawasan ladang untuk menjalankan aktiviti pertanian yang telah diatur oleh pihak pengurusan.
 
Kerja-kerja menyediakan tapak telah dimulakan pada 28 Oktober 2000 dan kelapa wangi telah dicadangkan sebagai tanaman utama disamping tanaman sampingan dan aktiviti pertanian yang lain. Majlis Pelancaran oleh YAM Tengku Temenggong Kelantan telah diadakan pada 29 Oktober 2000.
 
==Rujukan==
*[http://www.dromoz.com/satellite/directory/?gps=82b951a74282b1d51873c3d801789da5 Gambar Satelit Pasir Mas]
 
{{Kelantan}}