Perbezaan antara semakan "Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu"

k
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
[[Fail: Nyc-un-building.jpg|thumb|350px|Ibu pejabat PBB di New York.]]
 
Bangunan [[Ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu|ibu pejabat PBB]] terkini dibina di sebelah Sungai East (''East River''), [[New York City]] pada tahun 1949. Bagaimanapun, bangunan ini bukannya hak milik Amerika Syarikat. Ia dibina di atas tanah yang dibeli daripada [[John D. Rockefeller, Jr.]] dengan derma sebanyak AS$8.5 juta, dan direka bentuk oleh sepasukan arkitek antarabangsa, termasuknya [[Le Corbusier]] ([[Perancis]]) yang termasyhur, Oscar Niemeyer ([[Brazil]]), dan wakil-wakil daripada banyak negara yang lain. Pasukan itu diketuai oleh Wallace K. Harrison, pengetua Harrison & Abramovitz (NYC).
 
Ibu pejabat PBB di New York dibuka secara rasmi pada [[9 Januari]] [[1951]]. Sedangkan ibu pejabat PBB yang utama ditempatkan di New York, terdapatnya agensi-agensi utama yang terletak di [[Geneva]], [[Hague]], [[Vienna]], [[Montreal]], [[Bonn]], dan tempat-tempat yang lain. Alamat ibu pejabat PBB ialah 760, United Nations Plaza, New York, NY 10017, USA.