Salleh Said Keruak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kemaskini.
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Pembetulan.
Baris 59:
Selepas pulang dari luar negeri, beliau telah dilantik sebagai Pegawai Daerah [[Kota Belud]] (1984 – 1985). Beliau menjadi Setiausaha Politik dari 1 Januari 1985 hingga 15 Mac 1985.
 
Mohd Salleh kemudian diberi peluang bertanding atas tiket [[Parti Bersatu Sabah]] ([[PBS]]) di DUN [[Usukan]] pada tahun 1987, tetapi beliau ditewaskan oleh Tun Datu [[Mustapha bin Harun]]. Bagaimanapun, pada tahun 1990, beliau dilantik sebagai Pengerusi PBS Bahagian Usukan, tetapi setahun kemudiannya, beliau keluar daripada parti itu untuk menyertai [[UMNO]] dan menjadi Ketua UMNO Bahagian [[Kota Belud]].
 
Mohd Salleh berjaya memenangi kerusi DUN Usukan pada [[Pilihan raya Negeri Sabah 1994]]. Tahun itu juga Mohd Salleh dilantik sebagai [[Ketua Menteri Sabah]] serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah dari 1 Januari 1995 hingga 28 November 1996. Selepas itu beliau diganti oleh Presiden [[SAPP]] , [[Yong Teck Lee]] kerana jawatan itu telah digilir-gilirkan oleh [[Perdana Menteri Malaysia]] ketika itu , Tun Dr [[Mahathir Mohamad]] bagi menyelesaikan pergolakan politik Sabah.
 
Pada [[Perhimpunan Agung UMNO 1996]], beliau terpilih sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO bagi penggal 1996/1999 setelah mendapat tempat ke-23 dengan jumlah 954 undi.Pada [[Pilihan raya umum Malaysia 1994]] juga, beliau turut memenangi kerusi Parlimen [[Kota Belud]]. Beliau menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Belud bagi penggal 1998/2001 pada pemilihan parti 1998.
Baris 69:
Beliau seterusnya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri bagi penggal 2000/2003. Mohd. Salleh sekali lagi menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Belud bagi penggal 2001/2003 dalam pemilihan parti / Pada [[Perhimpunan Agung UMNO 2001]]
 
Pada [[Pilihan raya umum Malaysia 2004]], Mohd. Salleh mengambil keputusan menarik diri daripada mempertahankan kerusi DUN Usukan dan melepaskan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud . Bagaimanapun, beliau dipilih untuk bertanding kerusi Parlimen Kota Belud .
 
Pada 4 Januari 2010, Ketua Menteri Sabah, [[Musa Aman]] melantik beliau sebagai Penasihat Sains dan Teknologi bertaraf menteri. Beliau menggantikan [[Tham Nyip Shen]], bekas Timbalan Ketua Menteri .
 
Pada 12 Januari 2011, beliau telah dilantik sebagai Speaker DUN Sabah.Pada 1 Januari 2011, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi [[Perbadanan Kemajuan Filem Nasional|Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia]] ([[FINAS]]) oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dr [[Rais Yatim]] .
 
Dalam parti [[UMNO]] , beliau adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah. Beliau juga mempengerusikan [[Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah]] ([[USBO]])/ United Sabah Bajau Organisation. <ref>[http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=umno2004&pub=umno2004&pg=ProfilDatukMohdSallehSaidKeruak.htm Profil Datuk Mohd Salleh Said Keruak]</ref>
 
==Anugerah==