Star Wars: Episode IV – A New Hope: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 32:
Selepas itu, kedua-kedua droid tersebut ditangkap oleh peniaga-peniaga Jawa yang menjual mereka kepada beberapa orang petani iaitu Owen Lars, Beru Lars dan anak saudara mereka Luke Skywalker. Semasa Luke sedang membersihkan badan R2, dia kebetulan menyiarkan sebahagian daripada mesej hologram yang dirakam oleh Leia, rakaman tersebut menunjukkan Leia sedang meminta bantuan daripada seorang yang bernama Obi-Wan Kenobi. Luke menyangka maknanya Ben Kenobi, seorang pendeta. Berita ini juga diberitahu kepada bapa dan ibu saudaranya. Pada waktu malam, R2 tiba-tiba menghilangkan diri.
 
Pada keesokan hari, Luke pergi mencari R2, manakala droid itu sedang mencari Obi-Wan Kenobi. Selepas menemui R2, Luke telah diserang oleh beberapa orang Sandpeople. Tidak lama kemudian, Sandpeople itu telah melarikan diri setelah ternampak Ben Kenobi yang mendedahkan diri sebagai Obi-Wan Kenobi. Ben menceritakan hari-harinya selaku Kesateria Jedi, pendamai yang mempunyai kuasa sakti yang diturunkan daripada sejenis tenagakuasa yang diberi namanya “Force”. Sebalik daripada kata-kata bapa saudaranya, Luke juga mengetahui bapanya telah dibunuh oleh salah seorang perantis Ben yang bernama Vader. Kesateria Jedi juga nyaris-nyaris dipupuskan oleh Empayar Galaktik. Ben juga menunjukkan senjata bapanya kepadanya, iaitu “lightsaber”.
 
Ben mampu menyiarkan kesuluruhan rakaman hologram itu. Mereka mengetahui Leia meminta Ben untuk membawakan pelan Death Star ke Alderaan, planet kediamannya dan memberikannya kepada bapanya untuk dianalisa. Ben mengajak Luke untuk menemaninya ke Alderaan dan mempelajari cara penggunaan Force. Luke menyangkal, sehingganya bapa dan ibu saudaranya telah dibunuh oleh Stormtrooper Empayar yang sedang mencari R2 dan 3PO. Luke, Ben dan kedua-dua droid tersebut bertolak ke Mos Eisley untuk mencari seorang juruterbang untuk pergi ke Alderaan. Ben dan Luke berjumpa dengan seorang penyeledup yang bernama Han Solo dan Chewbacca, iaitu ketua kelasi Han. Ben mengupah mereka untuk membawa mereka ke Alderaan dengan menaiki pesawat Han, Millennium Falcon.
 
Setelah tiba di lokasi Alderaan, mereka mengetahuimenemukan planet Alderaan sudah dimusnahkan oleh Death Star atas perintah Komander Empayar, Grand Moff Tarkin sebagai penunjukan kuasa. Pesawat mereka juga telah disentak oleh Death Star melalui cahaya traktor ke hangar stesen tersebut. Ben telah mematikan sistem cahaya traktor, manakala Luke telah menemui Leia dengan bantuan Han dan Chewbacca. Seterusnya, mereka pulang ke pesawat mereka sesame Ben sedang bertempur dengan Darth Vader. Ben memangsakan diri demi keselamatan mereka. Mereka bertiga melarikan diri dari Death Star tidak lama lagi, tetapi Empayar mampu menjejaki mereka melalui sebuah berup pengesanan.
 
Mereka semua pulang ke pangkalan puak pemberontak yang berkedudukan di Yavin Iv. Setelah pelan itu dianalisa, puak pemberontak mengenal pasti sebuah pelabuhan ekzos yang disambungkan ke reaktor utama stesen itu yang boleh memusnahkan Death Star melalui tindakbalas berantai. Luke menyertai skuadron serangan puak pemberontak, manakala Han bersedia untuk kembali selepas mengambil ganjarannya, walau bagaimanapun Luke memintanya membantu puak penentang. Dalam pertempuran berikutnya, puak pemberontak mengalami kegalalan yang besar, banyak pjuruterbang telah terkorban, meninggalkan Luke sebagai salah seorang juruterbang yang terselamat. Vader memimpin sebuah skuadron jet pejuang TIE, bersedia untuk menyerang pesawat Luke. Dalam saat ini, Han kembali dan menembak jet pejuang empayar tersebut, menyebabkan pesawat Vader berpusing-pusing. Dibantu oleh bimbingan jiwa Obi-Wan, Luke dapat memusnahkan Death Star sebelum Empayar boleh menyerang pangkalan puak pemberontak. Mereka semua kembali ke pangkalan puak pemberontak, Han dan Luke menerima pingat daripada Leia atas keperwiraan mereka.