Perbezaan antara semakan "Api"

7 bait ditambah ,  3 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
'''Api''' ialah proses oksidasi pantas yang menghasilkan [[cahaya]], [[haba]], [[asap]] dan pelbagai hasil [[tindak balas kimia]] seperti karbon dioksida dan air.<ref>{{citation | url = http://www.nwcg.gov/pms/pubs/glossary/pms205.pdf | title = Glossary of Wildland Fire Terminology | date = November 2008 | publisher = National Wildfire Coordinating Group | accessdate = 2008-12-18}}</ref> Proses oksidatif yang lebih perlahan seperti berkarat dan mencerna tidak termasuk dalam definasi ini.
 
Api panas disebabkan oleh penukaran ikatan ganda dua lemah dalam oksigen molekul, iaitu O2, terhadap ikatan yang lebih kuat dalam produk pembakaran karbon dioksida dan air menghasilkan tenaga (418 kJ setiap 32 g O2); tenaga ikatan bahan bakar hanya memainkan peranan remeh di sini. Sampai takat tertentu dalam tindak balas pembakaran yang dipanggil takat pencucuhan, api dihasilkan. LidahNyala api adalah bahagian api yang kelihatan. LidahNyala api terdiri terutamanya daripada karbon dioksida, wap air, oksigen dan nitrogen. Jika api cukup panas, gas-gas mungkin akan menjadi terionisasi untuk menghasilkan plasma. Bergantung pada bahan-bahan yang terbakar dan apa-apa kekotoran di luar, warna api dan intensiti api berbeza.
 
Api berada dalam bentuknya yang paling biasa boleh mengakibatkan kebakaran yang mempunyai potensi untuk menyebabkan kerosakan fisikal. Api merupakan proses yang penting untuk menjejaskan sistem ekologi di seluruh dunia. Kesan positifnya termasuklah merangsang pertumbuhan dan mengekalkan pelbagai sistem ekologi.
 
Kesan negatif api termasuklah kebahayaan terhadap nyawa dan harta benda, pencemaran atmosfera dan kontaminasi air. Jika api membuangkan vegetasi, hujan lemat mungkin akan menyebabkan peningkatan dalam hakisan tanah oleh air. Selain itu, semasa vegetasi telah dibakar, nitrogen akan dilepaskan ke dalam udara, berbeza dengan unsur seperti kalium dan fosforus, kedua-dua unsur akan kekal dalam abu dan akan dikitar semula ke dalam tanah dengan cepat. Nitrogen yang dihasilkan oleh api menghasilkan pengurangan jangka panjang dalam kesuburan tanah yang hanya dapat dipulihkan dengan perlahan semasa nitrogen sedang "dibaiki" dalam udara oleh kilat dan tumbuh-tumbuhan legum seperti kacang tanah.
Pengguna awanama