Star Wars: Episode IV – A New Hope: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 35:
Ben mampu menyiarkan kesuluruhan rakaman hologram itu. Mereka mengetahui bahawa Leia meminta Ben untuk membawakan pelan Death Star ke Alderaan, planet kediamannya dan memberikannya kepada bapanya untuk dianalisa. Ben mengajak Luke untuk menemaninya ke Alderaan dan mempelajari cara penggunaan Force. Luke menyangkal, sehingganya bapa dan ibu saudaranya telah dibunuh oleh Stormtrooper Empayar yang sedang mencari R2 dan 3PO. Luke, Ben dan kedua-dua droid tersebut bertolak ke Mos Eisley untuk mencari seorang juruterbang untuk pergi ke Alderaan. Ben dan Luke berjumpa dengan seorang penyeledup yang bernama Han Solo dan Chewbacca, iaitu ketua kelasi Han. Ben mengupah mereka untuk membawa mereka ke Alderaan dengan menaiki pesawat Han, Millennium Falcon.
 
Setelah tiba di lokasi Alderaan, mereka menemukan planet Alderaan sudah dimusnahkan oleh Death Star atas perintah Komander Empayar, Grand Moff Tarkin sebagai pertunjukan kuasa. Pesawat mereka juga telah disentak oleh Death Star melalui ''tractor beam'' ke hangar stesen tersebut. Ben telah mematikan sistem ''tractor beam'', manakala Luke telah menemui Leia dengan bantuan Han dan Chewbacca. Seterusnya, mereka pulang ke pesawat mereka sesamesemasa Ben sedang bertempur dengan Darth Vader. Ben memangsakan diri demi keselamatan mereka. Mereka bertiga melarikan diri dari Death Star tidak lama lagi, tetapi Empayar mampu menjejaki mereka melalui sebuah berup pengesanan.
 
Mereka semua pulang ke pangkalan puak pemberontak yang berkedudukan di Yavin Iv. Setelah pelan itu dianalisa, puak pemberontak mengenal pasti saluran pemanas yang tersambung dengan reaktor utama stesen itu yang boleh menyebabkan kemusnahan Death Star melalui tindakbalas berantai. Luke bergabung skuadron serangan puak pemberontak, manakala Han bersedia untuk kembali selepas mengambil ganjarannya, walau bagaimanapun Luke memintanya membantu puak penentang. Dalam pertempuran berikutnya, puak pemberontak mengalami kegalalan yang besar, banyak pjuruterbangjuruterbang telah terkorban, meninggalkan Luke sebagai salah seorang juruterbang yang terselamat. Vader memimpin sebuah skuadron jet pejuang TIE, bersedia untuk menyerang pesawat Luke. Dalam saat ini, Han kembali dan menembak jet pejuang empayar tersebut, menyebabkan pesawat Vader berpusing-pusing. Dibantu oleh bimbingan jiwa Obi-Wan, Luke dapat memusnahkan Death Star sebelum Empayar dapat menyerang pangkalan puak pemberontak. Mereka semua kembali ke pangkalan puak pemberontak, Han dan Luke menerima pingat daripada Leia atas keperwiraan mereka.
 
== Nota ==