Kelapa MATAG: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zamwan (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 22:
 
==Penanaman==
Penanaman kelapa matag telah mula dikomersilkan di sebuah [[estet]] swasta di Perak dengan keluasn sekitar 2,200 hektar semenjak dulu dan mampu mengeluarkan beratus juta biji kelapa setahun. Ladang Jendarata milik [[United Plantation]] menanam kelapa ini untuk pengeluaran kelapa segar dan juga merupakan satu-satunya pengeluar [[anak benih tulen]] kelapa 'Matag' di Malaysia secara komersil. Jabatan Pertanian juga ada mengeluarkan benih kelapa 'Matag' yang tulen dari beberapa stesen kelapa. Pada satu masa dahulu Ladang Jenderata membekalkan sebanyak 66% daripada jumlah keperluan penanaman kelapa 'Matag' kepada Jabatan Pertanian dalam 'Program Penanaman Semula Kawasan Kelapa'. Pada peringkat awal, kos bagi pembelian anak benih kelapa 'Matag' cuma RM 6.50 sepokok dan kemudian telah meningkat kepada RM 15.00 sepokok 2-4 tahun lalu dan kini pada tahun 20122018 telah mencecah kepada RM 2235.00 sepokok. Permintaan yang tinggi, kos pengeluaran yang meningkat dan keadaan cuaca yang banyak hujan menyebabkan peratusan kejayaan untuk mendapatkan anak benih kelapa 'Matag' rendah menyebabkan kos jualan anak benih kelapa ini telah banyak meningkat.
 
Anak benih tulen merupakan asas kepada kejayaan penanaman kelapa 'Matag'. Petani perlu mendapatkan bekalan anak benih 'Matag' daripada pembekal sah yang mampu menyediakan benih tulen iaitu Jabatan Pertanian dan Ladang Jenderata (UP) sahaja. Walaupun ada nurseri swasta yang mendakwa mempunyai anak benih kelapa matag, ia perlu diawasi kerana peratus kejayaan proses pendebungaan kelapa matag sekitar 45-50% sahaja yang menjadi kelapa matag. Manakala 50% lagi mungkin tidak menjadi kelapa matag tetapi jadi kelapa MRD atau Tagnanan atau lain-lain.
Baris 28:
Penyediaan anak benih kelapa matag adalah menggunakan debunga dari pokok varieti 'Tagnanan' (tinggi) dengan pokok varieti 'Malayan Red Drawrf' (MRD) atau 'Malayan Yellow Dwarf' (MYD) yang rendah dan renek. Debunga Tagnanan disembur kepada bunga betina MRD/MYD dan ditutup rapat. Lazimnya selepas setahun baru akan dapat anak benih matag selepas proses menakai (culling) pokok yang bukan jenis matag.
 
Jarak penanaman kelapa matag adalah mengikut jenis tanah tetapi lazimnya sekitar 8.1 meter x 8.1 meter dengan kadar kepadatan sebanyak 178 pokok sehektar. Pokok kelapa memerlukan 100% cahaya matahari untuk memberikan hasil yang optima. Sediakan lubang penanaman dengan ukuran 0.45m x 0.45m x 0.45m sebelum menanam dan berikan baja organik dan 200 gram baja Fosfat digaul kedalam lubang penanaman. Penanaman kelapa sering diintergrasikan dengan tanaman selingan seperti [[pisang]], [[nanas]], [[tanaman kontan]] seperti [[jagung]], [[sayur|sayur-sayuran]], [[keledek]], [[keladi]] dan sebagainya. Kaedah ini akan memastikan petani mendapat pendapatan lebih cepat sementara menunggu pokok kelapa matag berbuah. Aktiviti penternakan seperti menternak [[ayam]], kambing atau lain-lain yang sesuai juga digalakan dalam program pemulihan kawasan kelapa oleh kerajaan. Program pembajaan kelapa matag diberikan sebanyak 1 kg sepokok dengan NPK 15:15:15 pada tahun pertama dan ditambah kepada 1.5 kg/pokok pada tahun kedua dan seterusnya. Baja NPK 12:12:17:2 diberikan sebanyak 5 kg/pokok/ tahun setelah pokok mula berbuah pada tahun keempat atau tahun kelima. Pengapuran sebanyak 2-3 mt/ha/ tahun disyorkan untuk diberikan terutama dikawasan tanah persisir pantai.
 
==Penyakit dan perosak==