Wikipedia:Memetik sumber: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 183.171.180.69 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Yosri
Teg: Undur
Baris 14:
* Untuk memberi penghargaan kepada sumber bagi memberikan maklumat berguna dan mengelakkan dakwaan [[plagiarisme]].
* Untuk memberikan lebih maklumat untuk rujukan lanjut.
 
== Bila menyebut sumber ==
 
'''Artikel-artikel Wikipedia tidak harus menggunakan artikel-artikel Wikimedia lain sebagai sumber. Pautan wiki bukan ganti bagi sumber.'''
 
===Bila untuk menambahkan kandungan===
 
Jika anda menambah sebarang maklumat kepada satu artikel, terutama jika ianya mempunyai niat atau ianya nampak seperti boleh dipertikaikan, anda seharusnya memberikan satu petikan sumber. Jika anda tidak tahu bagaimana hendak memformat suatu petikan, orang lain akan membetulkannya untuk anda. Hanya berikan sebarang maklumat mengenai sumber berkenaan.
 
Secara umumnya, walaupun anda sedang menulis daripada ingatan anda, anda seharusnya '''mencari secara aktif sebarang rujukan berautoriti kepada petikan berkenaan.''' Sekiranya anda sedang menulis daripada pengetahuan anda, maka anda seharusnya cukup berpengetahuan untuk mengenalpasti satu rujukan yang baik di mana pembaca boleh berunding mengenai perkara tersebut— anda tidak akan berada di sini selama-lamanya untuk menjawab sebarang persoalan. Fakta penting adalah untuk '''menolong pembaca''' dan penyunting lain.
 
Keperluan untuk petikan sememangnya sangat penting apabila menulis mengenai pendapat-pendapat yang digunakan untuk sesuatu isu. [[Wikipedia:Elakkan pengucapan yang samar-samar|Elakkan pengucapan yang samar-samar]] seperti, "Ada orang berkata…" Sebaliknya, buatkan tulisan anda [[Wikipedia:Pengesahan|boleh disahkan]]: cari orang tertentu atau kumpulan tertentu yang berpegang kepada pendapat berkenaan, sebut mereka dengan nama, dan berikan satu petikan kepada beberapa tempat yang mereka boleh dilihar atau didengari memberikan pendapat berkenaan. Ingat bahawa Wikipedia bukanlah satu tempat untuk memberikan pandangan anda atau untuk [[Wikipedia:Tiada penyelidikan asli|penyelidikan asli]].
 
Oleh sebab ini merupakan Wikipedia Bahasa Melayu, sumber-sumber Bahasa Melayu seharusnya diberikan bila mana ianya boleh didapati, dan seharusnya ia selalu digunakan di dalam kecenderungan kepada sumber-sumber asing yang mempunyai kaliber yang seimbang Bagaimanapun, sila berikan rujukan-rujukan bahasa-bahasa asing yang mana ianya benar. Sekiranya memetik sumber daripada sumber-sumber asing, satu terjemahan bahasa Melayu seharusnya diberi bersama-sama dengan petikan bahasa asal. Dengan memetik satu terjemahan bahasa Melayu, bahasa asing yang asal mesti diberi kerana apa-apa kesalahan yang mungkin berlaku semasa penterjemahan bermakna petikan asli seharusnya digunakan untuk verifikasi.
 
===Bila untuk mengesahkan kandungan===
Anda boleh '''tambah sumber-sumber walaupun bahan-bahan yang anda tidak tulis''' sekiranya anda menggunakan satu sumber untuk '''verify''' bahan tersebut. Dengan menambah petikan-petikan kepada satu artikel adalah merupakan cara terbaik untuk menyumbang kepada Wikipedia. <!--Sila lihat [[Wikipedia:Forum for Encyclopedic Standards]] dan [[Wikipedia:WikiProject Fact and Reference Check]] untuk menguruskan usaha-usaha seperti ini.-->
 
===Sewaktu terdapat pertikaian fakta===
 
Suntingan-suntingan yang bercanggah boleh dibuang serta-merta, dibuang dan diletakkan di dalam laman perbualan untuk perbincangan, atau di mana suntingan itu tidak membahayakan tetapi anda mempertikaikannya dab berasakan bahawa ia memerlukan satu petikan sumber, anda boleh letakkan {{tl|citation needed}} selepas perenggan yang relevan. Cara sedemikian perlu digunakan secara berhemat; Wikipedia mempunyai banyak artikel yang kurang mempunyai rujukan, dan kaedah memasukkan terlalu banyak {{tl|citation needed}} mungkin tidak memberikan manfaat.
 
===Sewaktu tiada pertikaian fakta===
Fikir dulu: Cuba untuk bayangkan apa yang orang lain mungkin syak apa yang kamu tulis atau memerlukan maklumat lanjut. Dengan menyokong apa yang ditulis di dalam Wikipedia adalah dengan merujuk kepada sumber yang boleh dipercayai dan jelas akan menambah kepada kestabilan didalam sumbangan anda.
 
==Bagaimana menyebut sumber==