Wilayah tanggungan mahkota: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
26 Ramadan (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Wilayah tanggungan mahkota''' (Bahasa Inggeris: ''Crown dependencies'') ialah bidang kuasa tiga pulau di luar pesisir Britain yang merupakan milikan...'
 
26 Ramadan (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
{{Infobox country
|name = Wilayah Tanggungan Mahkota <br/> ولايه تڠڬوڠن مهكوتا
|image_flag = Flag of the United Kingdom.svg
|flag_caption = [[Bendera United Kingdom]]
|image_map = British Crown Dependencies.svg
|map_caption = Lokasi wilayah tanggungan mahkota (merah) dan United Kingdom (kelabu tua)
|largest_settlement = [[Saint Peter Port]], [[Saint Helier]], [[Douglas, Pulau Man|Douglas]]
|largest_settlement_type = (penempatan terbesar)
|languages = [[Bahasa Inggeris|Inggeris]]
|languages_type = Bahasa rasmi
|leader_title1 = [[Pemerintahan beraja United Kingdom|Ratu]]
|leader_name1 = [[Elizabeth II]]
|leader_title2 =
|leader_name2 =
|leader_title3 =
|leader_name3 =
|leader_title4 =
|leader_name4 =
|demonym =
|membership_type = Wilayah
|membership =
{{collapsible list
|titlestyle = background:transparent;text-align:left;font-weight:normal;
|title = [[#Takrifan|3 wilayah]]
|[[Guernsey]]|[[Jersey]]|[[Pulau Man]]}}
|population_estimate =
|population_estimate_year =
|area_km2 = 768.2
|date_format = hh/bb/tttt&nbsp;([[Anno Domini|AD]])
}}
'''Wilayah tanggungan mahkota''' ([[Bahasa Inggeris]]: ''Crown dependencies'') ialah bidang kuasa tiga pulau di luar pesisir Britain yang merupakan milikan pemerintahan sendiri Mahkota. Wilayah tersebut tidak membentuk sebahagian daripada [[United Kingdom]] dan [[Wilayah Luar Negeri British|wilayah luar negeri]]. Secara antarabangsanya, wilayah tanggungan itu dianggap "wilayah di mana United Kingdom bertanggungjawab", berbanding sebagai [[negara berdaulat]]. Hasilnya, mereka bukanlah negara anggota bagi pertubuhan [[Negara-negara Komanwel]]. Walau bagaimanapun, mereka mempunyai hubungan dengan Komanwel, [[Kesatuan Eropah]] (walaupun bukan sebahagian daripadanya tetapi berada di dalam kawasan kastam EU) dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa lain, serta sebahagian daripada anggota di dalam [[Majlis British–Ireland]]. Wilayah tanggungan tersebut juga memiliki pasukan sukan sendiri di dalam [[Sukan Komanwel]].
 
Disebabkan wilayah tanggungan mahkota bukanlah negara-negara berdaulat, bidang kuasa perundangan yang memberi kesan kepada pulau-pulau itu berada di bawah kerajaan United Kingdom. Walaupun wilayah tersebut mempunyai dewan undangan yang tersendiri, dengan kuasa untuk menggubal undang-undang bagi hal ehwal tempatan dengan perkenan Mahkota ([[Majlis Privi United Kingdom|Majlis Privi]], atau dalam kes Pulau Man bagi sesetengah keadaan Leftenan Gabenor). Dalam setiap kes, ketua kerajaan disebut sebagai [[Ketua Menteri|Ketua Menteri]].
 
==Takrifan==
"Mahkota" ditakrifkan secara berbeza bagi setiap wilayah tanggungan mahkota. Di Jersey, penyataan kedudukan perlembagaan abad ke-21 oleh [[Pegawai Undang-undang Mahkota]] mentakrifkannya sebagai "Mahkota dengan hak Jersey", dengan kesemua tanah Mahkota di Bailiwick Jersey merupakan milik kepada Mahkota dengan hak Jersey dan bukannya [[Estet Mahkota]] United Kingdom. Perundangan Pulau Man mentakrifkan "Mahkota dengan hak Pulau Man" sebagai berasingan daripada "Mahkota dengan hak United Kingdom". Di Guernsey, perundangan merujuk "Mahkota dengan hak Bailiwick", dan Pegawai Undang-undang Mahkota Guernsey mengemukakan bahawa "Mahkota dalam konteks ini biasanya bermaksud Mahkota dengan hak republik Bailiwick Guernsey" dan ini merangkumi "institusi-institusi kerajaan dan sivik kolektif, ditubuhkan oleh dan di bawah bidang kuasa Monarki, untuk tadbir urus Pulau-pulau ini, termasuklah Negeri Guernsey dan badan perundangan di Pulau-pulau lain, Mahkamah Diraja dan mahkamah lain, Leftenan Gabenor, pihak berkuasa kariah dan Mahkota bertindak dan melalui Majlis Privi." Konsep perlembagaan ini juga dikatakan sebagai "Mahkota dengan hak Bailiwick Guernsey".
 
{{Navboxes
|title = Rencana berkaitan wilayah luar negeri British
|list =
{{United Kingdom}}
{{Topik United Kingdom}}
}}
[[Kategori:Wilayah tanggungan mahkota|*]]