Pelayar web: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 183.171.183.218 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 113.210.74.0
Teg: Undur
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
'''Pelayar web ''' atau '''penyemak imbas''' ialah paket [[perisian]] yang membolehkan pengguna untuk memapar dan berinteraksi dengan dokumen yang dihos oleh [[pelayan web|pelayan web (sesawang)]]. Pelayar web terkenal di [[komputer peribadi]] termasuklah [[Microsoft]] [[Internet Explorer]] dan [[Mozilla Firefox]]. Pelayar merupakan jenis [[agen pengguna]] paling biasa digunakan. Jaringan besar dokumen berkait ini dikenali sebagai [[Jaringan Sejagat]]
 
== Protokol dan piawaian ==
{| class="wikitable" align="right" style="font-size: 85%; text-align: center;"
|-
! style="background-color:#BC8F8F;" | Penguasaan pada Disember 2010 <ref> http://marketshare.hitslink.com/report.aspx?qprid=0</ref>
|-
| style="background-color:#FFF8DC;" | [[Internet Explorer]] - 57.08%
|-
| style="background-color:#FFE4C4;" | [[Mozilla Firefox|Firefox]] - 22.81%
|-
| style="background-color:#FFDEAD;" | [[Google Chrome]] - 9.98%
|-
| style="background-color:#FFF8DC;" | [[Safari (pelayar web)|Safari]] - 5.89%
|-
| style="background-color:#FFE4C4;" | [[Opera (pelayar web)|Opera]] - 2.23%
|-
|}
 
Pelayar web berkomunikasi dengan [[pelayan web]] terutamanya dengan menggunakan [[HTTP]] (''hyper-text transfer protocol'') untuk mengambil [[Tapak web|tapak web(sesawang)]]. HTTP membenarkan pelayar untuk menghantar maklumat kepada pelayan web dan juga mencapai paparan [[Laman sesawang|laman web(sesawang)]] daripada mereka. Ketika ini, HTTP yang paling biasa digunakan ialah HTTP/1.1, yang ditakrifkan sepenuhnya di RFC - (''Request for Comments'') 2616. HTTP/1.1 mempunyai piwaian sendiri yang tidak disokong sepenuhnya oleh Internet Explorer, tetapi disokong oleh kebanyakan pelayar web generasi sekarang.
 
Laman web dijumpai melalui URL - (''Uniform Resource Locator''), yang dianggap sebagai alamat, bermula dengan ''http:'' untuk capaian HTTP. Kebanyakan pelayar turut menyokong pelbagai jenis URL dan protokol seumpamanya, seperti ''ftp:'' untuk FTP - (''[File Transfer Protocol''), ''gopher:'' untuk (''Gopher protocol'', dan ''https:'' untuk [[HTTPS]] ([[Transport Layer Security|SSL]] versi tersulit HTTP).
 
[[Format fail]] untuk laman web biasanya [[HTML]] (''hyper-text markup language'') dan dikenal pasti melalui protokol HTTP dengan menggunakan ''jenis kandungan'' [[MIME]] . Kebanyakan pelayar tempanan menyokong pelbagai format sebagai tambahan kepada HTML, seperti format imej [[JPEG]], [[PNG]] dan [[GIF]], dan boleh dikembangkan untuk menyokong lebih banyak lagi melalui penggunaan palam masuk - (''plugin''). Gabungan spesifikasi protokol ''jenis kandungan'' HTTP dan URL membenarkan pereka muka web untuk memasukkan imej, animasi, video, bunyi, dan [[media aliran]] kepada laman web, atau membolehkan mereka dicapai melalui laman web.
 
Pelayar web awal menyokong hanya versi ringkas HTML. Perkembangan pesat pelayar web ''proprietari'' (lihat [[perperangan pelayar]]) mendorong kepada pembangunan dialek tidak piawaian HTML, membawa kepada masalah interoperasi dengan Jaring. Pelayar jaring moden ([[Mozilla Suite]], [[Mozilla|Firefox]], [[pelayar Opera|Opera]], dan [[pelayar Safari|Safari]]) menyokong HTML dan [[XHTML]] berasaskan piawaian (bermula dengan HTML 4.01), yang sepatutnya dipaparkan dalam bentuk yang sama di kesemua pelayar. Internet Explorer tidak menyokong HTML 4.01 dan XHTML 1.x sepenuhnya lagi. Masa kini, banyak tapak jaring direka dengan menggunakan perisian penjana HTML [[WYSIWYG]] seperti [[Macromedia Dreamweaver]] atau [[Microsoft Frontpage]]. Ini sering kali menghasilkan HTML tidak piawaian secara ingkar, menghalang kerja [[World Wide Web Consortium|W3C]] untuk membangunkan piawaian, khususnya dengan XHTML dan [[Cascading Style Sheets|CSS]] (''cascading style sheets'', digunakan bagi atur letak laman).
 
Sesetengah pelayar popular termasuk komponen tambahan bagi menyokong berita [[Usenet]], [[Internet Relay Chat|IRC]] (''Internet relay chat'') dan [[e-mel]]. Protokol yang mungkin disokong termasuk [[Network News Transfer Protocol|NNTP]] (''network news transfer protocol''), [[Simple Mail Transfer Protocol|SMTP]] (''simple mail transfer protocol''), [[Internet Message Access Protocol|IMAP]] (''Internet message access protocol''), dan [[Post Office Protocol|POP]] (''post office protocol'').
 
== Sejarah ringkas ==