Alamat IP: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tegel (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 183.171.182.208 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Yosri
Teg: Undur
Baris 4:
 
Oleh kerana alamat IP tidak mudah diingati, [[Sistem Nama Domain]] menyediakan keupayaan untuk mengaliaskan [[nama domain]] (cth. <tt>www.wikipedia.org</tt>) kepada alamat IP (<tt>207.142.131.248</tt>).
 
== Keunikan IP ==
IP adalah satu protokol [[lapisan rangkaian]] di dalam [[set protokol Internet]] dan adalah [[protokol lapisan atasan]] yang menyediakan alamat sejagat yang unik (contoh. [[alamat MAC]] untuk [[ethernet]]) tetapi kedua alamat ini tidak semestinya dapat berkomunikasi antara satu sama lain. IP menambah satu servis di atas protokol [[lapisan pautan data]] &mdash; melalui penggunaan alamat IP &mdash; yang menyediakan keupayaan untuk pengenalan secara unik dan berkomunikasi dengan peranti lain di dalam rangkaian.
 
Dengan kata lain, alamat IP adalah seperti alamat penuh untuk [[mel|mel pos]] sementara alamat MAC sekadar nombor rumah. Contohnya terdapat banyak alamat dengan nombor rumah 123 tetapi hanya ada satu alamat untuk 123, Jalan Utama, [[Cyberjaya]], [[Malaysia]]. Hanya sekadar pos kepada "123" tidak akan sampai ke mana tetapi "123, Jalan Utama, Cyberjaya, Malaysia" adalah alamat sejagat yang unik. Contoh kedua adalah seperti [[nombor telefon]], alamat MAC cuma sekadar nombor telefon biasa (contoh 12345678), manakala alamat IP ialah nombor telefon yang lengkap dengan kod negara dan kod kawasan (contoh +603 12345678). Namun satu perbezaan ketara dengan dua contoh di atas ialah alamat IP seseorang itu bukan maklumat awam.
 
Sifat unik alamat IP membolehkan dalam banyak situasi untuk menjejak komputer mana &mdash; dan berkemungkinan, pengguna mana &mdash; yang menghantar mesej atau berkecimpung dalam suatu aktiviti di Internet. Maklumat ini digunakan oleh pihak berkuasa untuk mengenali penjenayah yang disyaki; walau bagaimanapun perkongsian alamat IP atau penggunaan alamat IP dinamik (seperti di Malaysia), menyukarkan proses ini.
 
Alamat IP boleh kelihatan dikongsi oleh beberapa peranti kerana mereka sama ada berkongsi persekitaran [[pelayan web]] hos atau [[pelayan proksi]] (contohnya [[pembekal perkhidmatan Internet|ISP]] atau perkhidmatan [[privasi Internet|ketanpanamaan]]) yang bertindak sebagai [[perantara]] bagi pihak pelanggannya. Dalam kes ini alamat IP sebenar pengguna tidak dapat dikesan oleh pelayan. Analogi kepada sistem telefon ialah kegunaan nombor dail keluar (proksi) dan nombor sambungan (kongsi).
 
== Versi IP ==