Perbezaan antara semakan "Wikipedia:Polisi sekatan"

tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
* Sekiranya benar-benar memerlukan penyekatan, sila rujuk [[Wikipedia:Penyelia|Penyelia Wikipedia]] terlebih dahulu.
* Para penyunting seharusnya berhati-hati dengan pengguna baharu. Penyunting-penyunting baharu selalunya tidak berapa mahir dengan resam dan polisi-polisi Wikipedia, jadi kelakuan mereka mungkin kelihatan seperti gangguan. Tindakan keras terhadap mereka mungkin menyebabkan mereka berasa tawar hati untuk menyumbang. Lihat [[Wikipedia:Jangan hentam pengguna baru]].
 
=== Perlindungan ===
 
Seseorang pengguna boleh disekat jika perlu bagi melindungi hak, harta, ataupun keselamatan [[foundation:About|Yayasan Wikimedia]], para pengguna, ataupun orang awam. Sekatan yang bertujuan untuk melindung mungkin perlu sebagai tindak balas terhadap:
* [[Wikipedia:Larangan serangan peribadi|Serangan peribadi]] yang berlarutan;
* Ancaman peribadi, profesional ataupun [[WP:LEGAL|perundangan]] (termasuk ancaman di luar tapak Wikipedia);
* Tindakan yang merbahayakan pengguna lain;
* Tindakan yang mungkin mengancam {{anchor|Pedofilia}}keselamatan kanak-kanak, sejajar dengan [[Wikipedia:Perlindungan kanak-kanak]];
* Pendedahan [[Wikipedia:Gangguan#Mengepos maklumat peribadi|maklumat peribadi]] (sama ada maklumat itu tepat ataupun tidak);
* Pelanggaran [[Wikipedia:Hak cipta|hak cipta]] berkali-kali;
* Penulisan dengan berkali-kali maklumat yang tidak bersumber, salah ataupun yang berpotensi menjadi fitnah berkaitan dengan [[WP:BLP|biografi orang yang masih hidup]]; atau
* Akaun yang dipercayai sudah dikompromi (sebagai tindakan kecemasan), yakni syak berasas bahawa ada akaun yang digunakan oleh orang selain daripada orang yang membuka akaun.
 
Apabila membuat sekatan akibat pendedahan maklumat peribadi ataupun tindakan yang membahayakan pengguna lain, pertimbangkan kemungkinan memaklumkan [[Wikipedia:Arbitration Committee|Arbitration Committee]] melalui e-mel ({{NoSpamEmail|arbcom-l|wikimedia.org}}) tentang pendedahan ataupun bahaya tersebut dan menghubungi seseorang yang memiliki [[Wikipedia:Oversight|oversight permissions]] (kebenaran menyemak) bagi membuat penghapusan kekal ([[Wikipedia:Requests for oversight|''request permanent deletion'']]) bahan yang dimaksudkan.
 
=== Gangguan ===
Pengguna awanama