Pusa, Sarawak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Perubahan yang dilakukan adalah tentang adanya jambatan yang menghubungkan Kampung pusa dan pasar pusa yang mula digunakan pada tahun 2017. Pembinaan tersebut bermula pada tahun 2012 dan atas aspek tertentu, jambatan tersebut siap pada tahun 2017 dan mula digunakan.
Baris 35:
Dalam pengajian sejarah, dahulunya merupakan pusat pemerintahan Kerajaan Melayu Saribas yang dikenali sebagai "Tandang Sari" dibawah [[Kesultanan Melayu Brunei]]. Dengan kedudukan geografi terletak di muara Sungai Rimbas dan berada di tengah Batang Saribas, keadaan yang strategik untuk mana-mana pembesar bagi dijadikan sebagai pusat pemerintahan. Dalam kajian Dr. Sanib Said, kerajaan negeri ini ada di sebutkan di dalam satu manuskrip sejarah yang berbentuk puisi yang memperihalkan tentang Temenggung Abdul Kadir dan Dato' Godam yang berjudul ''"Syair Tarsilah Cetera Dato<nowiki>' Gudam dan Temenggong Qadir Negeri Saribas''</nowiki>, atau judul pendeknya digelar "'''Syair Tarsilah Negeri Saribas<nowiki>''</nowiki>.''''' Monumen iaitu makam para pembesar ini masih dapat di jumpai di Kampung Dang Esah (Kampung Lot). Dayang Isah Tandang Sari merupakan sebuah lagenda yang cukup sinonim dengan Daerah Pusa, justeru berkait rapat dengan Dato' Godam dan sejarah kerajaan Saribas amnya.
 
Majoriti penduduk Pusa adalah Melayu Islam dan dianggarkan sebanyak 92% Melayu dan selebihnya [[Cina]] dan lain-lain. Pusa terkenal dengan [[ikan terubuk]] hasil [[Batang Saribas]], selain pembuatan Gula Apong yang masih aktif di Kampung Tambak. BuatSebelum masatahun sekarang2017, pengangkutan air masih menjadi nadi utama menghubungkan kampung. Tetapi pembinaan Jambatan yang menghubungkan Kampung sa dan Pasar Pusa dan memudahkan penduduk kampung untuk bergerak.
 
Selepas persempadanan semula Pentadbiran Kerajaan Negeri Sarawak, Daerah Kecil Pusa telah diisytiharkan sebagai Daerah Penuh iaitu Daerah Pusa pada '''1 Ogos 2015.''' Dalam persempadanan semula sebagai sebuah Daerah Penuh, ia digabungkan sekali dengan pentadbiran Daerah Kecil Maludam bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif disamping merancakkkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan setempat.