Parlimen Kanada: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
26 Ramadan (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Parlimen Kanada''' (Bahasa Inggeris: ''Parliament of Canada''; Bahasa Perancis: ''Parlement du Canada'') ialah badan perundangan persekutuan...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 13:32, 24 Mac 2018

Parlimen Kanada (Bahasa Inggeris: Parliament of Canada; Bahasa Perancis: Parlement du Canada) ialah badan perundangan persekutuan Kanada yang bertempat di Bukit Parlimen, Ottawa. Badan ini terdiri daripada baginda ratu, yang diwakili oleh wizurai (dikenali sebagai gabenor jeneral); satu dewan pertuanan iaitu Senat dan Dewan Rakyat. Setiap unsur badan tersebut mempunyai pegawai dan organisasinya yang tersendiri. Dewan Rakyat mempunyai kuasa yang dominan mengikut konvensyen perlembagaan, Senat menyemak semula perundangan berdasarkan sudut pandangan yang tidak berpihak dan baginda Ratu atau wizurai memberikan perkenan diraja untuk menjadikan suatu rang undang-undang itu kepada undang-undang.

Antara peranan gabenor jeneral adalah melantik 105 orang senator dengan nasihat perdana menteri, manakala 338 orang ahli Dewan Rakyat—dipanggil sebagai ahli parlimen (AP)—setiap daripada mereka mewakili satu daerah pilihan raya yang biasanya dikenali sebagai riding dan dipilih secara terus oleh para pengundi Kanada. Gabenor jeneral juga memanggil, memprog atau membubarkan parlimen (baginda ratu juga boleh berbuat demikian), dan ratu boleh memanggil untuk diadakaan suatu pilihan raya umum. Salah seorang daripada mereka juga akan membaca titah ucapan takhta. Parlimen terbaru, yang dipanggil oleh David Johnston pada 2015 adalah yang ke-42 sejak Konfederasi.

Komponen

Parlimen Kanada terdiri daripada tiga bahagian: baginda ratu, Senat dan Dewan Rakyat. Setiap daripadanya mempunyai peranan yang berbeza, tetapi bekerjasama di dalam proses perundangan. Format ini telah diwarisi dari United Kingdom dan ia hampir menyerupai sistem berparlimen di Westminster, dengan perbezaan besar daripada keadaan yang unik di Kanada seperti sifat kediaman ratu yang tidak kekal di dalam negara dan tiada ciri golongan bangsawan untuk membentuk dewan pertuanan.

Hanya mereka yang menduduki Dewan Rakyat yang dipanggil sebagai ahli parlimen (AP); istilah ini tidak pernah diguna pakai untuk senator, walaupun Senat adalah sebahagian daripada parlimen. Walaupun secara perundangannya kurang berkuasa, para senator mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dalam susunan keutamaan. Tiada individu yang boleh berkhidmat di lebih daripada satu dewan pada waktu yang sama.

 
Ratu Kanada
 
Senat
 
Dewan Rakyat