Selangor F.C.: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 63:
Pada peringkat Asia pula Selangor merupakan pasukan bolasepak pertama memasuki perlawanan akhir Asian Champion Club Tournament atau sekarang di kenali sebagai [[Liga Juara-Juara AFC]] atau AFC Champions League(ACL) pada tahun 1967 apabila tewas diperlawanan akhir pada kelab Hapoel Tel Aviv dari Israel 2-1 di [[Bangkok]], [[Thailand]]. Ini merupakan pencapaian terbaik Malaysia di peringkat kelab [[Asia]].
 
[[LionsXII|Singapura]] merupakan lawan utama Selangor semenjak tahun 1921 sebelum mereka berundur dari pertandingan Malaysia selepas kempen 1994. Sebagai mengimbas kembali permusuhan tradisi mereka, kedua-dua pasukan bertemu di dalam pertandingan [[Piala Sultan Selangor]] yang diadakan setiap tahun sejak diperkenalkan pada tahun 2001. Selain [[LionsXII|Singapura]], lawan utama Selangor juga adalah pasukan [[Kuala Lumpur FA]]. Kuala Lumpur FA sentiasa menjadi persaingan setempat. Persaingan berlaku kerana lokasi geografi dua negeri ini. Sebelum ini Selangor dan Kuala Lumpur dibawah satu negeri sebelum berpisah pada 1 Januari 1974. Persaingan tempatan ini atau digelar 'Perlawanan Lembah Klang' sentiasa menjadi hangat kerana ia antara dua negeri yang paling maju di Malaysia; iaitu Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Permusuhan terjadi lebih dari 40 tahun, apabila ia bermula pada tahun 80-an. Persaingan atau permusuhan itu diperbaharui apabila Kuala Lumpur dinaikkan pangkat ke Liga Super Malaysia selepas bersaing selama tujuh tahun di Liga Perdana Malaysia. Kuala Lumpur kemudian diturunkan kembali ke Liga Perdana pada tahun 2013, setahun sebelum itu juga merupakan pertemuan terakhir kedua-dua kelab tersebut. Manakala pada tahun 2014, Kuala Lumpur sekali lagi diturunkan ke Liga FAM pula buat kali pertama dalam sejarahnya. Pada tahun 2018 kedua–dua pasukan kembali bertemu sesama sendiri setelah [[Kuala Lumpur FA]] dinaikkan pangkat bersaing semula di dalam Liga Super. Ini dihangatkan lagi dengan kedua pasukan berkongsi bermain di [[Stadium KLFA]] untuk musim 2018.